Apple Lancarkan iPhone SE2, Satu Kamera, Skrin 4.7″

Selepas setahun rumors, akhirnya ia menjadi kenyataan. Di mana Appel akhirnya melancarkan model terbaru bagi peminat iPhone SE iaitu iPhone SE2.

Apple melancarkan model SE yang baharu ini walaupun ketika pandemik koronavirus.

iPhone SE2 berukuran 4.7inci dengan TouchID. Ianya lebih kompak dan dikatakan mengembalikan nostalgia kepada peminat iPhone dulu dulu yang suka telefon kecil dan kompak.

Timbalan Presiden Apple, Phil Schiller berkata: “iPhone SE yang pertama mendapat sambutan hangat kerana rekaan uniknya yang menggabungkan saiz kecil dengan prestasi tinggi – serta harga mampu milik.”

“Generasi kedua iPhone SE dibina daripada idea hebat dan dipertingkatkan kemampuannya di setiap sudut. Ini termasuk sistem satu kamera yang terbaik untuk mengambil gambar dan video – dan ianya dijual pada harga mampu milik.

Sebagai perbandingan, iPhone 11 Pro Max memiliki skrin sebesar 6.5 inci. Manakala iPhone SE2 tampil dengan paparan skrin 4.7-inci — Retina HD Display.

Apple menyatakan, skrin SE2 membolehkan korang lebih seronok menikmati pengalaman dengan telefon pintar.

Rekaan luarannya adalah aluminium kaca yang tahan lask dengan adanya butang ‘home’ seperti mana iPhone yang dulu dulu. Di bahagian depan hanya ada warna hitam.

Tetapi di bahagian belakang korang boleh pilih sama ada warna hitam, putih ataupun merah.

Apple menyatakan mereka yakin telefon pintar ini akan mendapat sambutan walaupun hanya dengan satu kamera.

Ini kerana menurut mereka memberikan jaminan, ini adalah telefon pintar dengan satu kamera yang terbaik pernah dihasilkan iPhone. Jadi ianya sepatutnya lebih baik daripada iPhone XR.

Berdasarkan tanda harga jualan, ianya bermula dari RM1,734 sehingg RM2,384

Berikut adalah spec ringkas iPhone SE2:

CPU: A13 Bionic
Storage: 64GB, 128GB, 256GB
Display: 4.7 inches (1334 x 750)
Rear camera: 12MP (f/1.8)
Front camera: 7MP (f/2.2)
Video recording: 4K video up to 60 fps
Water resistance: IP67
Battery life: Up to 13 hours video playback
Wireless charging: Yes (Qi)
Fast charging: Yes via optional 18W adapter
Size: 5.45 x 2.65 x 0.29 inches
Weight: 5.22 ounces
Price 64GB: $399, 128GB: $449, 256GB: $549

Baca yang lain

Cafu: ‘Hanya Neymar Yang Ada Magis’

Cafu mempertahankan kualiti Neymar dengan menganggap dalam pasukan Brazil sekarang hanya beliau yang benar benar berkelas dunia. Cafu menganggap adalah tidak adil