Arab Saudi Bangkit Dan Menang 2-1 Atasi Argentina Dengan Taktikal High Pressing Yang Berani

Saudi Arabia baru sahaja melakukan kejutan terbesar dalam Piala Dunia kali ini. Di mana mereka bangkit daripada ketinggalan 1 gol dan menang 2-1.

Argentina menurunkan pasukan terkuat mereka berdepan Arab Saudi. Lionel Messi yang awalnya dikhuatiri tidak cergas berjaya memasuki senarai kesebelasan utama.

Namun kisah yang lebih luar biasa daripada Messi pastinya kemenangan bersejarah Arab Saudi ke atas gergasi Amerika Selatan itu.

Arab Saudi berhak memenangi perlawanan ini memandangkan mereka mempamerkan bola sepak yang sangat berani. Seolah olah tidak kisah langsung dengan status Argentina yang dianggap pasukan pilihan utama untuk menjadi juara Piala Dunia 2022.

Mereka menyusahkan Argentina dengan sistem high pressing yang mereka lakukan. Argentina malah beberapa kali ofsaid daripada situasi yang sangat penting.

Seperti dijangka, Argentina mendominasi perlawanan sejak dari sepak mula.

Mereka melakukan beberapa siri percubaan bahaya dan memiliki ramai pemain lincah.

Arab Saudi melakukan kesilapan awal dan memberikan penalti kepada Argentina. Ianya dengan mudah disudahkan oleh Leo Messi pada minit ke-10.

Ia menjadikan Messi sebagai pemain Argentina pertama yang menjaringkan gol dalam 4 edisi Piala Dunia berbeza.

Argentina kemudian melakukan beberapa siri serangan lagi terutama sekali daripada Di Maria.

Lautaro Martinez kemudian menerima bola Messi dan menggelecek penjaga gol Arab Saudi. Namun dia sudah ofsaid,

Separuh masa pertama berakhir dengan 1-0 memihak Argentina. Arab Saudi tanpa sebarang percubaan sepanjang 45 minit pertama.

Separuh masa kedua: Tempo dan high pressing dinaikkan

Separuh masa kedua kisah yang berbeza untuk Arab Saudi dan Argentina.

Skuad bimbingan Herve Renard itu bermain dengan garisan tinggi dan mencuba bermain high pressing. Mereka juga mulai meningkatkan keupayaan duel mereka membuatkan Argentina sukar berdepan kekuatan fizikal mereka.

Hasilnya mereka membuatkan Argentina melakukan beberapa kesilapan.

Arab Saudi akhirnya menyamakan kedudukan menerusi Saleh Alshehri pada minit ke-48 selepas dia menerima bola di halfspace dan menyilangkannya mengatasi Emi Martinez.

Ketika Argentina cuba menelan kekecewaan melepaskan gol itu, mereka tersentak sekali lagi dengan gol kedua Arab Saudi. Kali ini lebih cantik.

Di mana Salim Aldawsari sempat menggelecek beberapa pertahanan Argentina sebelum melakukan cut inside dan lencongan yang cantik menewaskan Emi Martinez.

Gol itu benar benar luar biasa. Tercipta daripada keupayaan Arab Saudi memenangi duel dan keberanian pemain mereka menggelecek di ruang sempit berdepan pertahanan Argentina.

Lionel Messi hampir memberikan respon segera, namun ketika dia cuba melakukan percubaan, bola dipintas pertahanan Arab Saudi.

Pada minit ke-63, penjaga gol Arab Saudi. Al Owais melakukan point blank save menafikan percubaan jarak dekat oleh Lisandro Martinez.

Kira kira 10 minit kemudian, Owais sekali lagi cemerlang menafikan percubaan Angel Di Maria.

Minit ke-84, Messi mendapat free header menerima hantaran Di Maria, namun tandukannya terus sampai ke dakapan Owais.

Tamat perlawanan Saudi Arabia mencipta kemenangan bersejarah ke atas Argentina dengan kemenangan 2-1. Kemenangan yang luar biasa dicapai. Bangkit daripada ketinggalan di tangan Argentina.

Bukan mudah untuk membina mentaliti tersebut ketika mereka didominasi sepanjang 45 minit pertama tanpa sebarang percubaan dilepaskan mereka.

Namun ternyata Arab Saudi berhak mendapat pujian kerana mentaliti mereka membuatkan mereka mampun mencipta keajaiban dalam perlawanan ini.

Di media sosial, rata rata peminat memberikan pujian kepada Arab Saudi kerana bermain bola sepak yang sangat berani.

Mereka selama ini seringkali melakukannya ketika berdepan pasukan dari Asia. Dan ternyata mereka sudah mulai melakukannya berdepan jaguh dunia yang lain.

Argentina pastinya perlu mencerna kekalahan ini segera dan bangkit. Kerana mereka adalah pasukan pilihan untuk menjadi juara.

 

Baca yang lain