Arab Saudi Bina Patung Ronaldo Untuk Hargai Jasa Dan Kehebatan Pemain Itu

Patung Cristiano Ronaldo kini rasminya dipertontonkan kepada umum di muzim di Riyadh. Dengan pemain itu sendiri datang untuk menyaksikannya.

Sebelum ini Ronaldo sudah ada beberapa patung dan tugu dibuat untuknya dan masih belum ada yang benar benar memuaskan. Terutama sekali patung yang dibuat di lapangan terbang Madeira pada 2017. Di mana ramai percaya patung itu lebih mirip kepada legenda Liverpool, John Arne Riise.

Terbaru, satu lagi patung Ronaldo dibuat di Riyadh, Arab Saudi sebagai sebahagian langkah mengiktiraf jasa pemain itu dalam pembangunan dan promosi bola sepak Arab Saudi terutama sekali Liga Pro Saudi.

Ronaldo dan abangnya datang untuk melihat sendiri patung itu untuk majlis pelancaran patung Ronaldo berseragam kuning biru Al Nassr.

Acara pelancaran galeri Ronaldo itu juga bersempena dengan acara tahunan Riyadh Season di Arab Saudi.

@xse31

متحف كريستيانو رونالدو واخذت تيشيرت موقع 😴😍 Museum of Cristiano Ronaldo 7 #cr7#cristianoronaldo#Riyadh#النصرك#كريستيانو_رونالدوم#متحف_المستقبلب#بوليفارد

♬ الصوت الأصلي – 𝐴𝑍𝑍𝐴𝑀

Banyak lagi maklumat lain dikongsikan di ruang galeri khas untuk Ronaldo termasuk tempat untuk menguji sama ada anda boleh melompat setinggi Ronaldo ketika dia melakukan tandukan.

Ronaldo sendiri tidak mampu melakukannya ketika dia mencuba. Ye la, dia sekarang sudah berusia 38 tahun.

@_ronaldo_seven7

Cristiano take a pictures with his wax statue❤️😂 CR7 Signature mesume in Riyadh, Saudi Arabia ✨❤️#cristianoronaldo#mesume #cr7gurl💫 #fypシ #bhumikacr7🐐 #bhumikaxcr7❤️ #_ronaldo_seven7

♬ original sound – King heart music 06

Namun peminat jelas kurang berpuas hati dengannya. Ada yang menganggap ianya nampak pelik dan seperti wajah Messi pun ada.

Seorang lagi berkata: “Ini bukan Cristiano Ronaldo, tetapi Christian Ronald”. Menyindir itu sebagai Ronaldo versi tak siap.

@enjoy_saudi

أسطورة كرة القدم كريستيانو رونالدو يفتتح متحفه الخاص CR7 في ⁧‫بوليفارد_سيتي‬⁩ 😍❤️ ‏The legacy of football #Cristiano #Ronaldo inaugurates the CR7 museum that features his life story …😍🇸🇦 ‏Book now ‏احجزوا الآن لزيارته 🎟 ‏⁦‪webook.com/ar-SA/events/c…‬⁩ ‏⁦‪RiyadhSeason‬⁩ ‏ ⁦‪BigTime‬⁩

♬ الصوت الأصلي – عيشها

Sementara peminat yang lain menulis: “Ini adalah Tom Brady campur Ronaldo.”

Tetapi ada juga yang memuji patung itu menganggap ianya cukup bagus dan butiran tentang saiz fizikal pemain itu dianggap hebat.