Arab Saudi mengesahkan bahawa Piala Dunia 2034 akan melaksanakan polisi tiada alkohol.
Putera Khalid mahukan Piala Dunia yang harmorni tanpa ada masalah yang tercetus daripada mereka yang mabuk.
Selain itu Arab Saudi adalah negara yang melarang sama sekali penjualan alkohol.
Duta Arab Saudi ke UK, Putera Khalid berkata: “Buat masa ini, kami memutuskan bahawa tiada alkohol.
“Kamu pasti leboh seronok bersama dengan kawa kawan kamu. Dan kamu boleh minum selepas kamu meninggalka negara kamoi.
“Lagiupun negara kami tidak ada menjual alkolhol”
Ramai peminat di Eropah terutama sekali England mempersoalkan tentang di mana mereka boleh minum.
Sebelum ini, ketika Piala Dunia Qatar2022. negara itu turut melarang alkohol di dalam stadium dan perkarangan luar stadium.
Namun Qatar adalah negara yang ada menjual alkohol. Namun ianya dijual di zon khas dan hotel tertentu di negara tersebut.
Arab Saudi pula, negara mereka tidak menjual alkolhol langsung. Peraturan larangan alkohol itu telah diwartakan secara perundangan sejak 1952 di Saudi untuk mereka yang bukan penduduk Saudi.
Bagi penduduk Saudi memang larangan itu sudah lama dibuat, terutama sekali Saudi negara Islam.
Orang asing yang ditangkap mengambil alkohol di negara tersebut boleh dikenakan hukuman berat atau dihalau daripada negara tersebut.
🚨 Alcohol will be banned from stadiums at the 2034 World Cup in Saudi Arabia. 🇸🇦🍻
Possessing or consuming alcohol has been punishable by a fine or even expulsion from the country for non-residents since 1952 ❌🏆
(Source: Guardian) pic.twitter.com/si2sRoTu6g
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) December 17, 2024
Putera Khalid kemudian menjawab tentang kenapa tiada alkohol langsung di negara mereka?
Beliau mengeaskan bahawa setiap negara itu ada budaya tersendiri.
“Setip negara itu ada budaya mereka tersendiri. Dan kami sangat berbesar hati menyambut kedatangan mereka yang menghormati budaya kami. Dan kami tidak akan mengubah sesuatu budaya kami hanya kerana nak memuaskan hati orang lain.
“Lagipun, takkanlah kamu tak boleh hidup tanpat alkohol?” – tegasnya sambil berseloroh.
Walaupun ramai yang tidak bersetuju polisi Arab Saudi tentang alkohol, tetap ramai juga yang menyokong polisi tersebut.
“Bagus untuk Saudi, kerana budaya mereka itu tidak ada alkohol,” tegas seorang netizen.
Good for Saudi Arabia. It's part of their culture to be alcohol free.
— Chris Williams (@ChrisAS350AS355) February 12, 2025
Sementara yang lain berkata: “Setuju, takkanlah nak ubah budaya kita hanya kerana orang lain nak kita ubah.:”
Netizen seterusnya berkata: “Itu ok sahaja. Mereka yang nak minum boleh sahaja pergi ke UAE atau Qatar, pergi naik pesawat terus selepas habis perlawanan.”
Satu lagi persoalan tentang golongan pelangi. Menurut Putera Khalid, mereka melarang sebarang kelakuan sonsang di negara mereka.
Namun memandangkan ini adalah acara dunia, maka Arab Saudi mengalu alukan sesiapa sahaja yang mahu datang ke negara mereka tanpa mengira kecenderungan seksual mereka.
“Piala Dunia ini bukan acara kami, ianya acara milik dunia. Jadi kami mengalu alukan semua untuk datang,’ tegas Putera Khalid.