Ronald Araujo jelas tidak dapat menerima komen terbuka Ilkay Gundogan yang mengkritik kad merahnya pada UCL lalu menentang PSG.
Araujo membuatkan Barca bermain 10 pemain selepas menerima kad merah kerana bentesan ke atas Bradley Barcelona. Insiden itu membuka pintu kepada PSG untuk bangkit daripada ketinggalan secara agregat 4-2 kepada kemenangan 6-4.
Barceloa mendahului awal perlawanan menerusi Raphinha pada minit ke-12 untuk menjadikan kedudukan agregat 4-2. Namun Araujo dilayangkan kad merah minit ke-29. Membuatkan mereka melepaskan 4 bolos ketika bermain 10 pemain. PSG mara ke separuh akhir dengan menyingkirkan Barcelona di hadapan The Culers.
Xavi ketika itu dilayangkan kad merah selepas dia berkali kali mencarut membantah keputusan pengadil. Selepas tamat perlawanan Xavi menuduh pengadil sebagai tidak bagus dan punca Barcelona tidak dapat mara ke separuh akhir.
Luis Enrique enggan memberikan komen insiden kad merah. Tetapi dia berkata PSG berhak menang dan akan mampu menang menentang 10 atau 11 pemain Barca.
Discutir esta falta me parece absurdo. Araujo traba con su pierna izquierda la pierna derecha de Barcola que está esprintando a máxima velocidad. pic.twitter.com/iyt8p02jA4
— Marçal Lorente (@Marsallorente) April 17, 2024
Di mana Enrique melabel PSG lebih baik dalam dua pertemuan timbal balik itu. Cuma tidak bernasib baik ketinggalan di Paris dan ketinggalan awal di markas Barca.
Xavi tidak setuju dengan Luis Enrique. Kerana menurutnya Barca boleh layak ke separuh akhir jika tidak kerana pengadil yang membuang padang Araujo menjadikan pertarungan 10 vs 11.
Gundogan tampil dengan komen mengkritik Araujo yang tidak berdisiplin sehingga menerima kad merah. Dia mempersoalkan tindakan pemain itu membentes Barcola dalam situasi terssbut.
Gundo berkata: “Kamu tahu kan, pada saat saat genting seperti itu kamu harus pastikan kamu memenangi bola [ketika memutuskan untuk membentes pemain lawan].
Gundogan interview that Araujo commented about pic.twitter.com/pQIw34QGS4
— DesmundOris (@Desmund_Oris) April 18, 2024
“Jika kamu gagal, dan sekali lagi, saya sendiri tak tahu sama ada Araujo menyentuh bola atau tak, kamu patut elakkan perkara itu. Saya lebih relah membiarkan sahaja pasukan melepaskan bolos satu gol di situ, atau membiarkan penyerang 1 vs 1 dengan penjaga gol.”
Gundogan merujuk kepada kelebihan 2 gol agregat oleh Barca, seharusnya Araujo boleh menggunakan akalnya menilai situasi itu dan mengambil risiko membiarkan pemain berdepan penjaga gol untuk 1 lawan 1 daripada melakukan bentesan bahaya yang membuatkan pasukan kehilangan seorang pemain pada tempoh perlawanan yang masih panjang.
Pemain veteran itu menambah: “Lagipun bola itu masih jauh, dan saya tak pasti kalau dia boleh menjangkau bola itu. Atau mungkin biarkan penjaga gol kita cuba menyelamatkan bola atau bolos. Sebabnya, kalau kamu kurang seorang pemain pada awal perlawanan itu cuma membunuh perlawanan semata mata.”
Komen Gundogan itu tidak disambut baik oleh Araujo yang tampil dengan kenyataan terbuka. Di mana Araujo merasakan komen seperti itu tidak seharusnya dilepaskan di hadapan media. Sebaliknya cuma di bilik persalinan.
Dia berkata: “Saya memilih untuk menyimpan sahaja apa yang ada dalam fikiran saya [daripada memberikan komen sebegitu]. Saya adan kod etika dan itu harus dihormati.
🚨❗️ Ronald Araújo on Gundogan’s comments on his red card after the PSG game: “I’d rather keep for myself what I really think…”.
“I have my own codes and values that I think you need to respect”. pic.twitter.com/ruEzGshnBi
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) April 18, 2024
Araujo bagaimanapun meminta maaf kepada peminat Barcelona. Dan menegaskan situasi itu adalah 50-50 namun pengadil pula membuat keputusan yang tidak memihak mereka.
“Saya sedih, macam peminat Barcelona yang lain, kerana kad merah itu. Ianya situasi 50-50 dan pengadil membuat keputusan tersebut. Ianya menyakitkan.
“Kepada peminat peminat muda Barca, saya beritahu mereka, kami minta maaf sangat sangat namun inilah bola sepak. Kami adalah Barcelona dan kami ada kumpulan pemain muda yang sangat bagus yang akan berjuang dalam UCL musim hadapan. Dan saya yakin kami akan memberikan peminat banyak kegembiraan.”
Selepas insiden itu, dan disingkirkan dari UCL, Araujo bertekad mahu menebus segalanya pada aksi berdepan Real Madrid di Santiago Bernabeu selepas ini.
Araujo berkata, dia tahu kemenangan ke atas Real akan membantu mengurangkan jurang mata kepada hanya 5 mata. Dan dia sudah sedia memberikan segalanya.
“Kami melayan El Clasico sebagai dendam yang penting. Kami harus ubah mentaliti kami dan kami ada peluang untuk merebut kejuaraan liga, di mana kami masih dalam persaingan. Saya rasa kami ada peluang untuk menang el clasico. Kami harus berjuang sehingga hari terakhir liga ini. Jika kami menang, kami akan potong sedikit jurang mata. Dan kami harus berjuang.”