Arda Turan secara rasmi akan kembali semula ke Galatasaray daripada Barcelona. Ini selepas kontrak pemain itu berakhir.
Dalam tweet rasmi mereka, Galatasaray menulis: #YuvanaHosgeldinArda yang membawa maksud “Selamat Pulang Ke Rumah Arda.”
Laporan di Turki menyatakan bahawa, perjanjian kali ini akan melibatkan kontrak 1+1. Setahun kontrak dengan klausa lanjutan setahun.
Arda sebelum ini bermain untuk Istanbul Bashaksehir secara pinjaman dari Barcelona untuk perjanjian setahun setengah yang sudah berakhir pada Januari lalu.
Di mana beliau menulis mahu memulakan fasa baharu di dalam kariernya.
Joined as a youth in 2000, left after 130 senior appearances in 2011.
Today Arda Turan officially returns to Galatasaray 🧡❤️ pic.twitter.com/5tPF8fkUSn
— B/R Football (@brfootball) August 5, 2020
Arda Turan digantung 16 perlawanan selepas bergaduh dan menyerang pengadil pada 2018. Dan kemudian terlibat dalam pergaduhan di kelab malam dengan penyanyi popular Turki membuatkan beliau dihukum penjara hampir 3 tahun.
Namun beliau tidak akan menjalani hukuman itu di penjara. Kecuali beliau melakukan kesalahan lain dalam tempoh 5 tahun ini, beliau secara automatik akan ke tirai besi.
Istanbul Basaksehir sebelum ini mengesahkan mereka sudah mendenda Arda Turan 2.5 juta Lira ataupun £350,000 kerana kesalahan itu.
Turan menjadi salah seorang pemain tengah terbaik di Eropah ketika bersama Atletico Madrid.
Namun membuat perpindahan kontroversi ke Barcelona membuatkan beliau digantung separuh musim oleh La Liga,
Selepas kembali semula, Turan tidak sama seperti sebelumnya.
Dan Barcelona meminjamkan beliau keluar. Turan terus dibelenggu krisis prestasi dan masalah di luar padang. Masalah disiplin menjadi musuh utama Turan yang sudah mengumumkan persaraan daripada pasukan kebangsaan kerana tak puas hati dengan jurulatih Turki yang tak memanggilnya.
Arda Turan akhirnya sedia untuk bermula di kelab profesional pertama beliau.
#YuvanaHoşgeldinArda @ArdaTuran https://t.co/9aeXI0cY7X
— Galatasaray SK (@GalatasaraySK) August 5, 2020