Argentina Juara Dunia 2022, Sebuah Penamat Sempurna Untuk Kapitan Messi!

Kempen Piala Dunia Argentina pada edisi 2022 tidak boleh dipisahkan dengan misi peribadi Messi. Di mana legenda hidup Argentina itu sudah memenangi segalanya di peringkat kelab namun di peringkat kebangsaan dia masih belum pernah memenangi sebarang piala major sehinggalah dia menamatkan badi itu pada Copa America 2022.

Hanya beberapa tahun selepas kempen Piala Dunia 2018 yang mengecewakan. Pada 2014, Messi dianggap pada kesempatan terbaik untuk menjulang Piala Dunia bersama Argentina kerana faktor usia. Namun La Abiceleste tewas di tangan Jerman dan Messi hanya meratapi kesedihan.

Edisi 2018 juga dianggap kemungkinan aksi terakhir Messi pada prestasi terbaik dalam Piala Dunia. Namun dia gagal melakukannya.

Dan edisi 2022, Messi sudah menyatakan sebelum ini bahawa ini akan menjadi Piala Dunia terakhirnya bersama Argentina.

Messi menjadi satu satunya pemain yang masih kekal dari pasukan finalis 2014.

Pundit seperti Roy Keane menyatakan bahawa Messi berhak untuk memenangi Piala Dunia 2022 kerana prestasinya yang luar biasa.

Keane malah berkata, jika Messi gagal menjadi pemenang Kasut Emas sekalipun, Messi berhak untuk memenangi Bola Emas Piala Dunia 2022 – Anugerah untuk pemain terbaik.

“Tidak kira la sapa yang akan memenangi Kasut Emas Piala Dunia, jika Lionel Messi bermain di final, saya yakin dia akan memenangi Bola Emas Piala Dunia [Anugerah Pemain Terbaik Pertandingan] 2022.”

“Lihatlah skuad Perancis, Brazil, Portugal dan England. Mereka semua sarat dengan pemain berbakat. Malah, jika Mbappe tak dapat menjaringkan gol, Giroud akan melakukannya. Jika Harry Kane tak dapat skor, Saka akan melakukannya.”

“Brazil dan Portugal ada beberapa pemain pencetak gol dalam pasukan mereka.”

“Sementara itu Argentina bergelut jika Messi dikawal ketat. Menunjukkan betapa pentingnya peranan Messi untuk pasukan Argentina. Kamu keluarkan Messi daripada pasukan ini, mereka malah tak mampu untuk layak ke Piala Dunia sekalipun.”

“Saya benar-benar berharap Lionel Messi akan memenangi Piala Dunia kali ini. Ianya akan menjadi ibarat aising di atas kek untuk pertandingan ini dan kariernya. Ianya satu keberuntungan untuk melihat Messi beraksi.”

MESSI dan Argentina Juara Dunia 2022 selepas lalui final gila!

Messi akhirnya berjaya melakukannya di Qatar 2022. Selepas permulaan dengan kekalahan mengejutkan di tangan pasukan kerdil Arab Saudi pada perlawanan pembukaan.

Namun Messi dan rakan rakannya bangkit dan mara ke kalah mati. Dia menamatkan badi tanpa gol di peringkat kalah mati Piala Dunia. Dan terus mencetak tol.

Messi sendiri mencetak gol pertama untuk Argentina menerusi sepakan penalti pada minit ke-23 selepas Angel Di Maria dijatuhkan di dalam kotak penalti.

Messi juga menjadi antara pemain yang terlibat dalam gerakan gol kedua Angel Di Maria minit ke-36 untuk meletakkan pasukannya di hadapan dengan 2 gol pada separuh masa pertama.

Messi menamatkan suwey kekalahan dalam 3 final dengan kejayaan memenangi 3 final selepas itu.

Perancis cuba bangkit pada separuh masa kedua dengan Mbappe mengganas mendapatkan dua gol.

Pasukan Argentina tersentak dengan gol itu. Mereka baru melepaskan pendahuluan 2 gol kepada kegeniusan Mbappe.

Inspirasi dan motivasi dicari sekali lagi.

Dan sudah tentunya Messi adalah sumber inspirasi itu.

Masuk ke masa tambahan 30 minit, Messi menjaringkan gol pendahuluan yang sangat luar biasa.

Daripada keadaan Argentina meronta ronta untuk berdepan dengan Perancis yang sangat kuat secara fizikal.

Argentina menghidupkan bibit harapan dengan beberapa ciptaan peluang. Namun pemain gantian, Lautaro Martinez mempersiakan 2 peluang keemasan.

Bukan untuk Messi. Dia tidak mempersiakan peluang yang dia dapat.

Bermula daripada situasi serangan balas dari tengah, Argentina mengasak ke gawang Lloris dan Messi mendapat bola muntah betul betul di hadapannya. VAR dan GLT bersetuju bahawa itu adalah gol.

Stadium yang rata rata dipenuhi penyokong Argentina bergema menyambut gol bersejarah Messi. Mereka menjangkakan itu adalah gol kemenangan untuk Piala Dunia ketiga Argentina.

Namun pesta kejuaraan sekali lagi ditangguhkan Mbappe dan perlawanan berlanjutan ke penentuan penalti.

Dalam penentuan penalti, pemain yang memberikan penalti kepada Mbappe, Montiel telah menjadi wira kejuaraan Argentina.

Argentina adalah JUARA DUNIA 2022!

MESSI kini sudah menikmati karier yang sempurna!

Baca yang lain