Scaloneta (gelaran untuk ‘budak budak’ Scaloni) sekali lagi berjaya menjulang Copa America. Argentina menewaskan Colombia pada aksi final yang berlangsung di AS.
Skuad Argentina berjaya mempertahankan kejuaraan Copa America mereka. Menjadikan era Scaloneta adalah antara era terbaik Argentina pada era moden. Di mana mereka sudah memenangi 1 Piala Dunia dan 2 Copa America.
Colombia hadir dengan prestasi membara bara daripada playmaker veteran James Rodriguez yang menjadi perancang paling kreatif dalam Copa America kali ini.
Jaringan tunggal Lautaro Martinez berjaya memberikan kejayaan penting buat Argentina. Yang meratapi kecederaan Lionel Messi. Di mana pemain itu terpaksa dikeluarkan minit ke-64 dan dia kelihatan sedih di tepi padang.
Messi berdepan dengan beberapa siri kecederaan dalam beberapa musim ini. Membuatkan Inter Miami pasti risau jika pemain itu terus bergelut dengan kecederaannya.
Dalam konteks lebih besar, Messi mungkin tidak akan dapat beraksi di Piala Dunia 2026, yang masih 2 tahun dari sekarang.
Lautaro Martinez mencetak gol kemenangan pada masa ekstra minit ke-112. Sebagai tambahan dalam Copa America, hanya aksi final ada extra time. Kerana perlawanan lain yang terikat seri dalam 90 minit akan terus ke penentuan sepakan penalti.
ARGENTINA TAKES THE LEAD IN THE 112TH MINUTE 🇦🇷😱
Lautaro Martínez does it again 🔥 pic.twitter.com/i2p4e5Li8U
— FOX Soccer (@FOXSoccer) July 15, 2024
Ini juga aksi terakhir Angel Di Maria yang akan bersara selepas ini daripada pasukan kebangsaan. Dia merupakan pemain penting dalam sejarah bola sepak Argentina, seringkali menjaringkan gol penting yang memberikan kejayaan dalam big game.
Di Maria pasti menikmati hari terakhirnya bertugas dengan Argentina.
Ini adalah piala major ketiga yang mereka menangi dalam 3 tahun ini. Bermula daripada Piala Copa America 2021, Piala Dunia 2022 dan Copa America 2024. Mereka juga ada satu Finalissima.
Messi kelihatan bersemangat meraikan kejayaan mereka. Dan melupakan seketika kesakitannya.
Lionel Messi’s reaction to Argentina winning the Copa America. pic.twitter.com/WBYAuxzrJP
— Pop Base (@PopBase) July 15, 2024
Colombia dalam pada itu, tidak dapat meneruskan rekod tanpa kalah 28 perlawanan mereka. Dan kekalahan itu hadir pada aksi final Copa America 2024. Mereka gagal menamatkan penantian sejak 2001.