Skuad Oranje bimbingan Louis Van Gaal terpaksa menelan realiti pahit tersingkir daripada Piala Dunia seleapas kekalahan dalam penentuan penalti di tangan Argentina.
Argentina menang 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti untuk menempah pertembungan separuh akhir dengan Croatia.
Argentina akan menentang Croatia dalam separuh akhir Piala Dunia selepas menewaskan Belanda 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti berikutan keputusan seri 2-2 yang mendebarkan pada malam penuh dramatik.
Ianya adalah perlawanan klasik Piala Dunia seperti biasa apabila melibatkan Argentina dan Belanda.
Penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez menjadi wira dalam penentuan sepakan itu selepas Argentina melepaskan 2 gol pendahuluan mereka untuk diikat pada masa kecederaan.
More Messi magic. A no-look assist to set up Nahuel Molina for his first World Cup goal.π€― pic.twitter.com/TvZB9AmJdD
β Ben Jacobs (@JacobsBen) December 9, 2022
Wout Weghorst menjaringkan dua gol lewat yang dramatik. Terutama sekali gol kedua, yang berpunca daripada sepakan percuma yang sangat kreatif pada minit ke-101 β pada masa kecederaan.
Bir de bu aΓ§Δ±danβ¦ π¦ #Weghorst pic.twitter.com/HlzXv4DfuD
β Ajans BeΕiktaΕ (@ajansbesiktastr) December 9, 2022
Belanda bangkit dalam 7 minit terakhir daripada waktu sebenar, untuk memastikan mereka mengheret Argentina ke masa ekstra dan kemudian penentuan sepakan penalti.
Molina memberikan Argentina gol pendahuluan. Diikuti oleh penalti Lionel Messi. Namun Argentina melakukan 2 kesilapan yang dihukum Belanda.
Hanya beberapa jam selepas Brazil dan Neymar tersingkir daripada kejohanan itu menerusi penentuan penalti kepada Croatia, Argentina terselamat untuk meneruskan kempen mereka selaku wakil tunggal Amerika Selatan dalam pertandingan itu.
Stadium Lusail terasa seperti rumah bagi Argentina dengan sekurang-kurangnya tiga perempat daripada 88,235 penonton menyokong pasukan Amerika Selatan. Terutama sekali kerana pengaruh Lionel Messi.
Dan semua penonton dihidangkan dengan perlawanan mendebarkan.
Ketika penentuan penalti, Belanda gagal dalam 2 penalti pertama mereka daripada Virgil Van Dijk dan Steven Berghuis. Dan ianya memberikan masalah besar buat mereka.
Argentina memberikan sedikit harapan kepada Belanda apabila Enzo Fernandes gagal dalam penalti beliau.
Namun Lautaro Martinez memastikan Belanda menang 4-3 dengan penalti tajamnya.
Oranje tersingkir selepas penalti mereka yang dianggap Van Gaal sebagai masih teruk walaupun sudah berlatih sepanjang tahun.
Louis van Gaal: "We practiced on penalty's the entire year, and we still mess it up." pic.twitter.com/KLu1hYKdZY
β ππ π ππππ π (@TheEuropeanLad) December 9, 2022
Argentina akan berdepan dengan Croatia dalam aksi separuh akhir. Messi dan rakan rakannya kini hanya dibezakan dengan 2 perlawanan sahaja lagi daripada kejuaraan Piala Dunia 2022.