Arianny Celeste Kini Menjadi Ring Girl Yang Lebih Kaya Daripada Petarung UFC Wanita

Bagi peminat UFC, nama Arianny Celeste bukanlah nama asing. Dia merupakan gadis ring yang paling popular di dunia.

Terbaru, Arianny Celeste secara rasminya mendapat pendapatan terbanyak dalam kariernya mengatasi mana mana petarung UFC wanita yang lain.

Dia meraih pendapatan lebih tinggi daripada Amanda Nunes yang merupakan bekas juara dua divisyen UFC. Amanda Nunes digelar legenda hidup UFC dan merupakan petarung wanita paling tinggi bayaran dalam kariernya secara terkumpul.

Celeste telah menyertai UFC sejak 2006 dan sudah memenangi 6 anugera Ringcard Girl of the Year.

Selain pendapatan di dalam ring UFC, dia merupakan model yang muncul dalam beberapa majalah terkemuka termasuk Playboy, Sports Illustrated dan FHM. Selain itu Arianny juga memiliki akaun OnlyFans yang turut memberikannya pendapatan lumayan.

Nunes yang dianggap salah seorang petarung terbaik dalam MMA pernah memegang kejuaraan dua kelas / divisyen secara serentak iaitu bantamweight dan featherweight.

Namun pada Disember Nunes melepaskan bengkung kejuaraan bantamweight kepada Julianna Pena dalam acara UFC 269. Dia masih pemegang kejuaraan kelas featherweigh.

Laporan Wealthy Gorilla menyatakan bahawa Nunes memikiki kekayaan sekitar $4 selepas 9 tahun bertumbuk di dalam gelanggang UFC.

Namun paling mengejutkan, Nunes bukan wanita dengan pendapatan tertinggi di UFC pada ketika ini. Sebaliknya milik ring girl mereka iaitu Arianny Celeste yang memiliki kekayaan sekitar $4.5 juta menurut The Wealth Record.

Nunes mendapat $500,000 dalam acara terakhir dia kalah di tangan Pena. Dan sudah bersedia untuk merampas kembali bengkung kejuaraan tersebut.

Arianny Celeste merupakan gadis ring yang seringkali menjadi pembela kepada ring girl yang lain.

Celeste vs Khabib

Antaranya, ketika Khabib Nurmagomedov mengkritik fungsi ring girl yang lebih kepada daya tarikan secara seksual berbanding dengan fungsi kesukanan.

Khabib menganggap tugasan ring girl sebagai paling tak ada fungsi ataupun tak berguna.

Lihat, saya tidak mahu menyinggung perasaan sesiapa. Gadis ring adalah orang yang paling tidak berguna dalam sukan seni mempertahankan diri,” kata Khabib dalam sidang media Eagle Fighting Championship baru-baru ini.

“Apa fungsi mereka? Sedangkan kamu dapat menunjukkan bahawa ini adalah pusingan kedua di skrin.”

“Adakah mereka mengembangkan sukan ini? Atau mereka membantu orang untuk melihat bahawa ini adalah pusingan kedua sekarang? Apa yang mereka buat? Tolong beritahu saya.”

“Saya sedar bahawa itu adalah sebahagian daripada sejarah tradisi. Namun dari sejarah juga kita belajar tentang kesilapan. Kita membaca sejarah untuk mengelakkan kesilapan masa lalu pada masa depan. Sekiranya kita melihat dalam sejarah, ia mengatakan bahawa mereka adalag tidak ada fungsi pun. Itu adalah pendapat peribadi saya. ”

Khabib berkongsi pengalaman menonton pertarungan langsung dengan ayahnya, dan bagaimana kehadiran gadis ring yang seksi ini membuatnya “tidak selesa.” Untuk itu, dia mahukan “elemen pertunjukan” seperti itu dipisahkan dari sukan tempur.

“Wanita (wanita) ini lalu di dalam gelanggang dan menunjukkan kepada orang bahawa ini adalah pusingan kedua. Tetapi tidak ada pung yang melihat (kad yang mereka bawa). Saya merasa tidak selesa dengan ayah saya,”  tambah beliau lagi.

Seterusnya, Khabib menegaskan dia tidaklah menentang tradisi itu, dan kalau boleh, masa dia bertarung, dia tak mahu gadis gadis itu lalu di dalam gelanggang melewatinya.

“Saya tidak menentangnya. Tetapi jika anda ingin melakukannya, jangan paksa dia lalu depan saya [dalam ring], buatlah kat sudut yang lain. Dekat tempat yang ditetapkan untuknya.

“Saya rasa kita tidak boleh mencampurkan semuanya. Ini adalah pendapat peribadi saya. Kita mengembangkan sukan ini, itu yang pertama sekali. Pasti ada beberapa elemen pertunjukan yang kita perlukan. Orang mahu datang dan menonton, ini menarik bagi mereka. (Tetapi) saya rasa adalah tidak betul untuk mencampurkannya. ”

Celeste tampil menuduh Khabib sebagai mementingkan diri sendiri dan menafikan peranan gadis ring dalam membantu menaikkan nama UFC.

Celeste menerusi IG-nya berkata: “Saya telah bekerja lebih 15 tahun dalam industri ini dan belajar lebih mudah hanya dengan tidak memperdulikan [perkara seperti ini].”

“Selama 15 tahun kami lebih daripada sekadar gadis ring – kami telah mendedikasikan masa dalam mempromosikan ufc dan menunjukkan kasih sayang serta berkorban masa demi peminat tegar UFC melalui jelajah dunia dan penampilan peribadi.”

“Dan walaupun dunia sangat berbeza sekarang, saya masih dapat merasakan tenaga dan kasih sayang itu setiap kali kami mengadakan persembahan dengan penonton.”

“Saya memerlukan 15 tahun kerja keras, dedikasi dan masa untuk menjadi:

•Seorang wanita yang kaya raya secara bebas.

•Seorang pelabur hartanah dan pemilik bukan sahaja 1 tetapi 3 rumah/hartanah satu terletak di LA -iaitu yang mahal nam mampus.

•dan seorang wanita yang tidak takut untuk mengambil risiko dan membina masa depan saya.”

“Anda boleh memanggil kami tidak berguna, tetapi kepada orang seperti saya yang telah bekerja keras ini, ia bukan masalah saya. Hidup saya terlalu baik untuk tidak bahagia.”

“Anda tidak perlu menyukai saya, tetapi anda harus menghormati saya.”

“Akhir sekali, sila beritahu saya mengapa wartawan seolah olah tiada perkara yang lebih baik untuk dibincangkan daripada gadis ring? Mesti ada perkara yang lebih baik untuk ditanya!!”

Celeste vs Rousey

Mendengar kenyataan daripada Arianny itu Ronda Rousey turut bersuara tentang peranan ring girl di dalam octagon UFC kerana ternyata Arianny Celeste dibayar lebih besar daripada petarung UFC yang menjadi pameran sebenar sukan itu. Ramai lagi petarung UFC lain tidak memiliki hartanah mewah apatah lagi membeli sampai 3.

Celeste menuduh Ronda Rousey sebagai pembuli. Rousey mempertahankan tindakannya dan berkata:

“Mana satu perkara yang saya katakan membuatkan saya dituduh pembuli?”

“Adakah kerana ayat saya yang menyatakan petarung UFC harus dibayar lebih besar daripada ring girl? Macamana ayat seperti itu boleh menjadikan saya seorang pembuli. Ayat tu adalah kebenarannya!”

“Saya minta maaf, dia tak akan dapat job itu kalau tidak ada petarung petarung ini. Pekerjaan dia tak akan pernah wujud kalau tanpa petarung petarung ini yang berhempas pulas.”

“Kamu fikir dia akan berjalan mengelilingi ring dengan 2 lelaki atau 2 wanita yang mempertaruhkan nyawanya dan berfikir dia lebih bernilai.”

“Dia kata dia bekerja keras, adakah dia bekerja lebih keras daripada petarung petarung itu? Saya sendiri tak suka dengan jawatan ring girl ni dalam UFC.”

Rousey meminta Celeste tidak tersilap konteks kenyataannya dan membuatkan seolah olah Rousey anti kepada semua ring girl. Walaupun dia secara peribadi tak setuju dengan ring girl dalam sukan MMA namun Rousey tetap menghormati gadis ring lain termasuk seorang lagi senior iaitu Brittney Palmer. Namun Rousey bencikan Arianny Celeste yang kaki spin.

Rousey cuma menyatakan ada sesuatu yang tak kena dalam sistem apabila gadis ring lebih kaya daripada petarung UFC yang bergelar juara dunia beberapa kelas.

“Saya sangat menghormati Brittany Palmer. Dia datang dari sekolah seni dan merupakan artis yang bertauliah. Dia datang ke UFC menjadi ring card girl sambil mempromosikan seni kepada umum.”

Baca yang lain

Mbappe Dah Peduli Dengan PSG?

Kylian Mbappe telah digantikan pada separuh masa ketika pendahulu Ligue 1, Paris St Germain terikat tanpa jaringan di bekas kelabnya Monaco. Namun