Arne Slot Kritik Kemalasan Darwin Nunez

Pengurus Liverpool, Arne Slot berkata dia “tidak boleh menerima” kadar kerja penyerang Darwin Nunez dalam dua perlawanan terakhirnya.

Pemain antarabangsa Uruguay itu merupakan pemain gantian pada separuh masa kedua dalam kemenangan Liverpool ke atas Wolves pada 16 Februari dan keputusan seri di Aston Villa pada 19 Februari, apabila dia terlepas peluang mejaringkan gol dalam keadaan gawang terbuka.

Nunez tidak turun dari bangku simpanan dalam kemenangan 2-0 Ahad di Manchester City, yang membawa Liverpool mendahului 11 mata di puncak Liga Perdana.

Slot mempertahankan Nunez selepas terlepas perlawanan menentang Villa tetapi berkata dia membenarkan “kekecewaan”nya menjejaskan kadar kerjanya.

Slot tidak gembira dengan kemalasan Nunez dalam dua perlawanan terakhirnya.

“Saya membantunya dengan mengatakan anda boleh terlepas peluang,” kata Slot dalam sidang akhbarnya sebelum lawatan ke Newcastle hari ini.

“Saya bukan sahaja keras terhadapnya. Tetapi untuk kali kedua berturut-turut saya tidak berpuas hati dengan usahanya, menentang Wolves dan menentang Villa.

“Saya tidak boleh terima jika pemain tidak memberikan segala-galanya. Itu jelas. Saya boleh menerimanya sekali, tetapi dua kali agak terlalu banyak. Itulah sebabnya saya membangkitkannya.”

Menurut Slot, Darwin Nunez seorang pemain yang rajin dan bekerja keras selama ini. Cuma dalam dua perlawanan terakhir tersebut dia tidak berada di tahap yang dia selalu pamerkan.

Slot menambah: “Jika anda terlepas peluang, anda perlu berjuang untuk pasukan. Saya tidak mengatakan dia tidak melakukan perkara itu sama sekali, tetapi ia bukan Darwin biasa, yang disayangi oleh peminat. Ini terutamanya kerana dia sentiasa bekerja keras.”

Slot berkata Nunez, yang telah menjaringkan enam gol dalam 35 perlawanan dalam semua pertandingan untuk Liverpool musim ini, dia adalah pemain “luar biasa” dalam latihan pada hari Isnin.

Statistik Opta untuk musim menunjukkan bahawa Nunez beraksi dengan baik dalam distance covered dan pecutan setiap 90 minit jika dibandingkan dengan rakan sepasukannya di Liverpool.

Purata 25.86 pecut setiap permainannya adalah kedua selepas Connor Bradley (28.19) dan purata jarak yang ditempuhnya setiap permainan adalah kelima tertinggi pada 11.28km. Bradley juga mendahului metrik itu dengan 12.27km.

Nunez bermain kurang daripada 30 minit dalam permainan Wolves dan Villa, membuat perbandingan langsung adalah sukar, tetapi Opta mencatatkan jarak 3.66km dan lapan pecutan menentang Wolves dan 3.06km serta enam pecutan menentang Aston Villa.