Arne Slot: “Saya Nak Jadi Pengurus Liverpool Yang Baru”

Pengendali Feyenoord, Arne Slot dengan terbuka menyatakan dia berminat menyertai Liverpool. Nama Slot turut dikaitkan dengan Bayern sebelum ini.

Kini dia berterus terang menegaskan dia mahu ke Liverpool dan berharap Feyenoord akan melepaskannya ke kelab itu.

Arne Slot berkata: “Saua nak jadi pengurus baharu Liverpool, keputusan saya sudah jelas dan nyata. Feyenoord dan Liverpool sedang berunding, saya menunggu hasil daripada perbincangan itu.

“Saya yakin [keputusan positif dicapai], dan saya menunggu kelab mencapai kesepakatan.”

Liverpool sebelum ini turut dikaitkan dengan Xabi Alonso dan juga Ruben Amorim. Namun Xabi Alonso sudah menyatakan dia mahu terus kekal di Bayer Leverkusen setelah membantu kelab itu menjuarai Bundesliga buat pertama kalinya.

Amorim pula memiliki klausa pelepasan yang agak tinggi. Jadi kini Liverpool mahukan Arne Slot.

Dia yakin bahawa Feyenoord akan membenarkannya menyertai Liverpool kerana itu akan menjadi langkah yang sangat besar dalam kariernya.

“Saya percaya Feyenoord akan membenarkan saya menyertai Liverpool. Jika ia berlaku, ianya akan menjadi langkah besar dalam karier saya.

“Ada rundingan yang sedang berlangsung antara kedua dua kelab. Saya ada di sini, menunggu. Saya gembira di Feyenoord namun Liverpool adalah peluang yang luar biasa untuk saya.”

Arne Slot digelar Mini Guardiola di Belanda. Kerana dia merupakan protege Guardiola ketika di Bayern Munich. Dia dianggap sebagai antara pengurus berkaliber di Belanda selain Erik Ten Hag.

Dan kini Slot sedia mengikut jejak langkah seterunya Ten Hag ke EPL. Liverpool sedang berunding untuk membayar £8.5 juta untuk mendapatkan pengurus tersebut.

Slot dianggap melakukan kerja luar biasa di Feyenoord yang tidak memiliki kekuatan dana berbanding kelab seperti Ajax dan PSV. Di mana dia membantu Feyenoord menjadi juara liga pertama kali dalam tempoh enam tahun. Dan kejuaraan kedua Feyenoord dalam 24 tahun terakhir.

Ketika bergelar pemain, dia bermain sebagai playmaker no.10. Dianggap sebagai game reader yang bagus ketika dia bermain, membantunya untuk menjadi pengurus taktikal yang baik.

Namun dia dikenali dengan sikap mahu mengawal penuh pengurusan pasukannya. Terutama sekali dalam jual beli pemain. Dia juga mirip kepada Ten Hag yang tidak tunduk dengan mana mana bintang. Dan jika mereka tidak menepati standard disiplin ditetapkan, mereka akan disisihkan. Itu yang berlaku kepada CR7 dan Jadon Sancho.

Musim ini Feyenoord tidak berdaya mengejar PSV. Namun masih juga Feyenoord berjaya merangkul Piala Belanda pada minggu lalu.

Sebelum ini dia membantu Feyenoord mara ke final UECL dan kalah di tangan AS Roma. Musuh yang sama menyingkirkan mereka dari suku akhir UEL musim lalu.

Slot sebelum ini menyatakan bahawa dia terpengaruh dengan idea Pep Guardiola.

Dia pernah menyatakan dia menyukai cara Pep, yang sentiasa mahu bermain bola sepak menyerang dan sukakan penguasaan bola. Dia juga sentiasa ada set up yang bagus untuk penjaga gol untuk mencari ruang dan mencari pemain yang tidak dikawal.

Slot sebelum ini menjadi pembantu Pep Guardiola di Bayern Munich. Steve McLaren dua tahun lalu memberitahu Telegraph: “Slot pernah bekerjasama dengan Pep di Bayern dan dia membawa filosofi Pep bersamanya. Di Belanda orang gelar dia Mini Pep.

Dari sudut taktikal, Slot sukakan 4-3-3. Formasi yang menjadi pilihan utama Klopp ketika di Liverpool. Dia juga menggemari intensiti yang tinggi, mirip kepada heavy metal football Jurgen Klopp.

Namun harus diakui Liverpool akan menjadi cabaran berbeza untuk Slot. Selain itu, dia sangat baru dalam menguruskan kelab liga utama. Dan tidak pernah mengendalikan pasukan di luar Belanda. Masih ingat dengan De Boer?

Bayern yang sebelum ini berminat dengan Slot, masih ragu ragu dengan kemampuannya mengendalikan kelab besar atas kapasiti pengalaman yang kurang.

 

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di