Arsenal 2 Bayern 2: Bagaimana Pengadil Boleh Nafikan Penalti Arsenal Ini?

Berlaku satu insiden yang benar benar membuatkan Mikel Arteta dan Arsenal bengang, apabila Bukayo Saka dijatuhkan pada masa kecederaa di dalam kotak penalti oleh Manuel Neuer.

Ianya berlaku hanya beberapa saat sebelum pengadil meniup wisel penamat.

Aksi antara Arsenal dan Bayern di Emirates sangat menghiburkan.

Arsenal di hadapan menerusi gol Bukayo Saka pada minit ke-12 perlawanan. Dengan Arsenal menekan Bayern secara berterusan.

Namun Bayern menyamakan kedudukan pada minit ke-16, selepas Arsenal dengan cuai terlepas bola di garisan bawah ketika binaan permainan, dan Gnabry menerima bola lorongan cantik daripada rakannya, lalu merembat masuk.

Arsenal kemudian ketinggalan pada minit ke-32 kerana gol – siapa lagi – kalau bukan Harry Kane yang memiliki rekod luar biasa menentang Arsenal.

Gol itu terhasil menerusi sepakan penalti setelah Sane yang menari nari di dalam kotak penalti Arsenal dicabar oleh Gabriel dan kemudian dijatuhkan Saliba.

Saliba membantah penalti itu menuduh Sane sebagai membuat simulasi. Pengadil kekal dengan keputusannya dan Kane dengan mudah menewaskan David Raya pada pagi raya.

Arteta yang memasukkan Trossard pada minit ke-66 telah sekali lagi memberikan impak sebagai pemain gantian. Trossard dengan tenang dan jitu melakukan rembatan rendah menewaskan Neuer. Ini adalah gol keenam Trossard sebagai pemain gantian dalam kempen UCL musim ini.

Arsenal terus berusaha mencari kelebihan agregat. Dan pada masa kecederaan, Saka yang menceroboh masuk kawasan kotak penalti Bayern telah dijatuhkan Manuel Neuer.

Malangnya pengadil tidak memberikan penalti kepada Arsenal walaupun ada kontak yang jelas daripada Neuer.

Pengadil pula merasakan bahawa Saka dengan sengaja meletakkan kakinya ke atas kaki Neuer.  Perkara itu tidak dipersetujui oleh pengulas perlawanan sendiri yang kehairanan bagaimana ianya tidak diberikan penalti.

Saka benar benar tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil dan pergi bersemuka dengan pengadil selepas wisel penamat.

Apapun aksi kedua dua pasukan berakhir 2-2 pada first leg untuk suku akhir Liga Juara Juara Eropah.

 

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang