Arsenal 2 Fulham 2: Arteta Rasa Arsenal Sepatutnya Menang Dengan 7 Gol

Arsenal tidak sepatutnya melepaskan 2 mata berharga dalam perlawanan ini dalam usaha mereka mahu menebus kekecewaan musim lalu.

Namun apa boleh buat, kesilapan ketika bertahan membuatkan mereka diikat oleh Fulham yang sempat beraksi 10 pemain menentang mereka.

Arsenal memulakan hari di Emirates dengan sangat mengecewakan. Bekas pemain Man United, Andras Pereira menjaringkan gol pada minit pertama perlawanan.

Arsenal memberikan respon dengan menyamakan kedudukan menerusi penalti Bukayo Saka pada minit ke-72.

Kemudian Arsenal mendapatkan magis daripada gamechanger iaitu Fabio Vieira yang masuk dan memberikan impak sangat besar.

Dia memenangi penalti untuk Arsenal dan kemudian mencipta assist untuk gol Eddie Nketiah.

Fulham dikurangkan kepada 10 pemain pada minit ke-83, apabila Calvin Bassey dilayangkan kad kuning kedua.

Berkelebihan seorang pemain, Arsenal rancak mencari gol ketiga. Dan ketika itulah Fulham menyamakan kedudukan menerusi gol oleh Palhinha pada minit ke-87.

Pegadil sempat melanjutkan aksi sehingga 11 minit pada masa kecederaan. Namun Arsenal tidak dapat gol ketiga dan akhirnya seri 2-2.

Selepas tamat perlawanan, Arteta menyatakan bahawa Arsenal sepatutnya memenangi perlawanan ini dan menjaringkan 7 gol berdasarkan semua peluang yang mereka cipta.

Arteta kagum dengan corak permainan pasukannya dalam menguasai perlawanan di mana menurutnya Arsenal langsung tidak memberikan peluang buat Fulham dalam perlawanan ini.

Namun 2 kesilapan mereka terus dihukum.

Arteta berkata: “Sejak awal, kami melepaskan gol yang luar biasa di tempat lawan. Anda membuatkan hidup sangat sukar untuk diri sendiri.”

“Tetapi pasukan bertindak balas dengan sangat baik. Kami menguasai permainan dan mencipta banyak peluang, jadi sepatutnya kami menjaringkan lima, enam, tujuh gol dengan mudah.”

“Dan apabila anda telah melakukan perkara yang paling sukar iaitu untuk bangkit menentang pasukan yang teratur, pada sudut yang lain, anda perlu mempertahankan kawasan pertahahanan.”

“Ia adalah satu-satunya peluang yang mereka ada dan anda akan dihukum.”

“Namun anda masih mendapat dua lagi peluang dan tidak menjaringkan gol – itulah kisah permainan ini. Jumlah perkara yang kami lakukan, selayaknya mendapat merit bagi memenangi perlawanan ini dengan selesa, malangnya kami berakhir dengan satu mata.”

“Kami perlu menunjukkan satu lagi tahap komitmen dan keinginan dan ‘langkah mayat saya dulu’. Dengan 10 pemain, anda tidak boleh melepaskan satu gol [kepada lawan].”

Arsenal selepas ini akan berdepan Manchester United pada Ahad hadapan sebelum melawan Everton dan derbi berdepan Tottenham.

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu