Arsenal: 3 kecederaan, 2 kekalahan & hanya 1 jaringan tanpa sebarang mata.

Arsenal tewas lagi, lebih malang Berd Leno mengalami kecederaan teruk.

Situasi pasukan ini bertukar dari buruk menjadi lebih buruk selepas Liga Perdana Inggeris disambung semula.

Kekalahan 1-2 kepada Brighton Hove Albion berlaku selepas mereka tewas 0-3 kepada Manchester City pada 3 hari lepas.

Keputusan tersebut mampu meranapkan semangat pemain mereka yang terbina sebelum pandemik coronavirus melanda dunia.

Sebelum liga dihentikan, Arsenal mempunyai momentum baik dengan merekod 4 menang, 4 seri dan 1 kalah.

Tetapi kini mereka tewas 2 kali berturut-turut pada 2 perlawanan awal selepas disambung semula.

Sasaran untuk ke champions league menjadi semakin sukar apabila mereka jatuh ke tangga ke-10 dan 6 mata di belakang Manchester United yang berada di tempat ke-5 selepas 30 perlawanan.

Pada musim ini, pasukan yang berada di tempat ke-5 layak ke champions league kerana Manchester City digantung selama 2 musim oleh UEFA. Manchester City kini berada di tempat ke-2 liga.

Mikel Arteta juga mempunyai senarai kecederaan pemain utama bagi memberi cabaran kuat untuk ke champions league.

Berd Leno merupakan antara pemain terbaik mereka musim ini, mengalami kecederaan selepas ‘mendarat’ dengan cara salah selepas menerima cabaran dari penyerang Brighton Hove Albion, Neal Maupay di udara.

Jeritan kesakitan Leno dapat didengari dari stadium kosong. Penjaga gol itu tidak dapat menyembunyikan perasaan marahnya kepada Maupay ketika diusung keluar.

Lebih menyakitkan Arsenal, Maupay menjaringkan gol kemenangan pasukannya 5 minit dalam masa kecederaan.

Pemain-pemain Arsenal menunjukkan kekecewaannya selepas wisel permainan ditamatkan.

Rakan senegara Maupay di Arsenal, Matteo Guendouzi mencekik Maupay di leher sehingga pemain itu tersungkur ke tanah.

 

Maupay mengeluarkan kenyataan yang merujuk kepada Guendouzi tetapi tidak menyebut nama pemain itu secara spesifik.

“Mereka -sebilangan pemain- perlu belajar apa itu manusia insaniah-merendah diri, terutamanya salah seorang dari mereka.”

“Dia hanya bercakap sepanjang permainan, dia bercakap hal-hal yang buruk.”

“Saya tidak mahu membalasnya kerana ia boleh meletakan saya dalam masalah. Saya mengatakan itulah yang berlalu jika anda terlalu banyak bercakap di atas padang.”

PIALA FA

Jika Arsenal tidak dapat menamatkan kempen di tangga ke-8, pasukan ini masih mempunyai peluang ke pertandingan eropah melalui Piala FA.

Mereka kini berada di pusingan suku akhir dan akan turun menentang Sheffield United pada hujung bulan ini.

Namun ia bukan tugas mudah kerana Manchester United, Manchester City dan Chelsea juga berada di peringkat itu.

Sheffield United lwn Arsenal
• Norwich City lwn Manchester United
• Leicester City lwn Chelsea
• Newcastle United lwn Manchester City

Arteta masih diberi ruang selepas mewarisi pasukan yang telah hilang status elit sejak beberapa musim kebelakangan ini. Arteta dilantik menjadi pengurus Arsenal pada Disember musim lepas.

“Ini merupakan cabaran yang kami miliki, untuk membina semula sesuatu yang bermakna untuk kelab kita wakili.”

SENARAI KECEDERAAN

Leno yang mengalami kecederaan akibat kakinya berpusing di bahagian lutut dijangka akan direhatkan pada baki saingan musim ini.

Arsenal sudah kehilangan Granit Xhaka dan Pablo Mari kerana kecederaan ketika menentang Manchester City.

Mereka juga dijangka tidak akan kembali lagi pada baki saingan.

3 kecederaan, 2 kekalahan, hanya 1 jaringa tanpa sebarang mata.

PENJARAKAN SOSIAL

Di sudut lain, para pemain semakin lupa tentang garis panduan yang dikeluarkan bagi mencegah penularan wabak coronavirus.

England merupakan antara negara yang terjejas teruk, mempunyai angka berpuluh-puluh malah beratus-ratus kes kematian setiap hari.

Memang sukar untuk kekal berada pada jarak 1 meter apabila pasukan anda menjaringkan gol.

Pemain Brighton Hove Albion mengerumuni Maupay ketika dia menjaringkan gol kemenangan.

Hal yang sama berlaku apabila pemain Watford dan Leicester masing-masing menjaringkan gol ketika seri 1-1 di Vicarage Road.

Ben Chilwell dikerumuni rakan sepasukan selepas menjaringkan gol menakjubkan. Jaringan rembatan jarak jauh yang kelihatan akan membawa pasukannya meraih 3 mata.

Namun ada drama lewat muncul apabila pemain tengah Watford, Craig Dawson menjaringkan gol melalui aksi akrobatik sepakan gunting 3 minit selepas itu.

Dawson juga dipeluk oleh rakan sepasukan, pasukannya sedang bersaing di zon penyingkiran dan keputusan seri itu melonjakkan pasukan naik 1 anak tangga.

SLOT CHAMPIONS LEAGUE

Leicester City kembali meletakkan pasukannya berada 8 mata dihadapan Machester United, berpeluang cerah layak ke Liga Juara.

Lebih mudah, apabila Manchester City digantung selama 2 tahun oleh UEFA beraksi di pertandingan eropah kerana melanggar peraturan FFP.

• 1st: Liverpool, 29 perlawanan/ 82 mata
• 2nd: Manchester City, 29 perlawanan/ 60 mata
• 3rd: Leicester City, 30 perlawanan/ 56 mata
• 4th: Chelsea, 29 perlawanan/ 48 mata
• 5th: Machester United, 30 perlawanan/ 46 mata

Baca yang lain

Bayern Mahu De Zerbi

Roberto De Zerbi dikaitkan dengan Bayern Munich sebagai calon pengganti Thomas Tuchel. Tuchel akan meninggalkan Bayern pada akhir musim ini. Dengan beberapa

Ten Hag Kritik Pressing Sebelah Kiri

Erik Ten Hag mengkritik mutu pertahanan sebelah kiri pasukannya ketika menentang Fulham. Ini kerana arah tersebut sangat lemah ketika bertahan terutama sekali