Arsenal 4 Newcastle 1: The Gunners Terus Cabar Kejuaraan Liga

Arsenal terus mengekori rapat Liverpool dan Manchester City dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Pada aksi awal pagi tadi, The Gunners membalas dendam ke atas Newcastle dengan kemenangan 4-1 di Emirates.

Arsenal di hadapan pada minit ke-18, selepas tandukan Gabriel gagal dikeluarkan pertahanan Newcastle dan melantun pada Sven Botman untuk gol sendiri.

Pada minit ke-24, Kai Havertz menjadikan kedudukan 2-0. Keputusan itu kekal sehingga rehat.

Pada separuh masa kedua, Newcastle awalnya dilihat berjaya memperbaiki rentak pasukan mereka.

Namun Arsenal mencengkam semula intensiti mereka dan menghasilkan gol ketiga menerusi aksi genius Bukayo Saka pada minit ke-65.

4 minit kemudian, Newcastle menyumbang 1 lagi jaringan sendiri untuk membolehkan Arsenal 4 gol di hadapan.

Sepakan penjuru Declan Rice ditanduk kilas oleh Jakub Kiwior yang terbias pada Lewis Miley.

Jelas sekali jurulatih set pieces Arsenal, Nicolas Jover benar benar menikmati satu lagi gol menerusi situasi bola mati.

Joe Willock menjaringkan gol saguhati untuk Newcastle menentang bekas pasukannya.

Arsenal berpeluang menambah gol lagi pada minit minit akhir namun gagal melakukannya.

Tamat perlawanan Arsenal 4 Newcastle 1.

Baca yang lain