Arsenal, Barcelona Bincang Perjanjian Pinjaman Coutinho Dengan Tongtong Gaji

Philippe Coutinho nampaknya sekali lagi akan dipinjamkan ke luar Barcelona.

Ini selepas pemain tersebut gagal untuk meyakinkan Barcelona bahawa beliau mampu berada dalam pasukan utama.

Terbaru Arsenal dikatakan berminat untuk mendapatkan Coutinho secara pinjaman.

Arteta mencari playmaker baharu dengan Mesut Ozil dilihat masih tidak mampu untuk meyakinkan pengurus baharu Arsenal itu.

Arsenal kini menjadi calon utama untuk menandatangani Philippe Coutinho dari Barcelona musim panas ini dengan ketua bola sepak Raul Sanllehi sebagai individu penting di sebalik perjanjian itu, menurut laporan.

Pemain Brazil itu menghabiskan musim lalu dengan pinjaman di Bayern Munich, menjaringkan lapan gol dan mencipta enam assist dari 15 kali permulaan di Bundesliga.

Tetapi juara Jerman itu menolak untuk menjadikan perjanjian tersebut kekal.

Menurut akhbar Catalan Mundo Deportivo, Arsenal sekarang berada di posisi pole untuk mendapatkan tempat playmaker.

Sanllehi, yang pernah bekerja di Barca, merupakan individu yang menjadi nadi penting kepada perjanjian kerana hubungannya dengan Nou Camp dan hubungannya yang sangat baik dengan ejen Coutinho, Kia Joorabchian.

Selain daripada itu Kia Joorabchian merupakan penyokong tegar pasukan Arsenal.

Barcelona dilaporkan setuju untuk membayar sebahagian gaji Coutinho.

Sebagai perbandingan, Bayer Munich membayar £7 juta untuk meminjam Coutinho selama semusim.

Cuma sekarang ini Barcelona mahu meletakkan opsyen pembelian tetap pada kontrak tersebut sebagai wajib.

Isu ini yang sedang dibincangkan kedua dua pihak, kerana Barcelona mahukan harga yang sangat tinggi untuk pemain yang mereka sudah tak mahukan.

Baca yang lain