Arsenal Baru Selesai Bayar Ansuran Pepe, Nilai Keseluruhan Cecah £130 Juta

Arsenal dilaporkan baru sahaja menghabiskan skim ansuran mudah untuk membeli Pepe dari Lille. Dan kos keseluruhannya mencecah £130 juta untuk pemain itu.

Arsenal mendapatkan Pepe pada Ogos 2019 selepas bersaing dengan beberapa kelab lain termasuk Liverpool pada mas aitu.

Arsenal sebelum ini dilaporkan mencapai kesepakatan untuk membeli Pepe dengan kos £72 juta.

Bekas Pengarah Sukan Arsenal, Raul Sanllehi adalah individu yang benar benar mahu merealisasikan perpindahan Pepe pada masa itu.

Ianya lebih kepada usaha Sanllehi mahu membuktikan kepada umum bahawa dia adalah pengarah sukan yang hebat boleh menarik pemain bintang ke Arsenal.

Pepe bermain 112 perlawanan dan menjaringkan 27 serta 21 assist ketika di Arsenal.

Dia gagal memikat hati Mikel Arteta walaupun pengurus Sepanyol itu sudah memberikannya peluang untuk membuktikan kualitinya.

Dan akhirnya Arteta memberitahu Edu bahawa Pepe tiada dalam perancangannya. Kelab cuba mencari pembeli Pepe namun gagal yang akhirnya menyaksikan pemain itu pergi sebagai ejen bebas.

Menurut The Telegraph, Arsenal membelanjakan lebih £100 juta untuk yuran perpindahan Pepe.

Pepe juga telah merosot nilainya sekitar £18 juta dalam pasaran perpindahan.

Dia kembali ke Perancis, menyertai Nice pada musim 2022/23 dan menjaringkan 8 gol sepanjang di sana.

Oleh kerana tiada kelab yang sanggup membeli Pepe dengan harga yang ditetapkan Arsenal. Maka dia akhirnya terpaksa dibiarkan sahaja pergi secara percuma pada September lalu dengan menyertai Trabzonspor di Turki.

Dia bermain 7 kali dan menjaringkan 2 gol di sana, dan kemudian membantu negaranya menjuarai Piala Afrika pada bula lalu di hadapan penyokong Ivory Coast sendiri.

Urusan ansuran Pepe dilaporkan akhirnya berakhir pada minggu ini. Dengan peminat Arsenal melabel ia sebagai urusan perpindahan paling teruk.

Ini kerana kos keseluruhan yang dibayar oleh Arsenal sangat tinggi iaitu sekitar £130 juta.

Harus diingat, ketika Arsenal mendapatkan Pepe, dia merupakan antara penjaring prolifik pada masa di Lille.

Dia juga pemain yang sangat licik dan laju pada masa itu. Menjadi top performer di Eropah.

Namun siapa sangka dia rupa rupanya 1 season wonder.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil