Arsenal Bawa Pulang 1 Mata Dan Hanya Dibezakan 11 Mata Daripada Liverpool

Arsenaal keciciran mata di Goodison Park. Dan kini skuad Mikel Arteta merapatkan jurang mata kepada 11 mata berbanding 12 mata sebelum sepak mula.

Everton yang masih lagi segar daripada kekalahan di tangan Liverpool beberapa hari lalu, menjamu kunjungan Arsenal pula yang berada di tempat kedua liga.

Skuad Mikel Arteta pada satu ketika berjaya mendahului dalam perlawanan ini menerusi gol oleh pemain yang sentiasa memberikan impak dalam perlawanan penting, Leandro Trossard pada minit ke-34.

Membolehkan Arsenal masuk ke ruang persalinan dengan kelebihan 1-0.

Namun hanya 4 minit separuh masa kedua bersambung, Everton menyamakan kedudukan menerusi Iliman N’Diaye yang melakukan gol daripada titik penalti.

Itu adalah gol ketujuh beliau dalam EPL musim ini. Dan gol itu menamatkan kemarau jaringan N’Diaye sejak Disember 2024.

Selepas itu Arsenal menggandakan asakan mereka. Namun penjaga gol no.1 England, Jordan Pickford cemerlang menjadi penghalang terakhir mereka.

Everton hanya melakukan 2 percubaan tepat dalam perlawanan ini. Dan mereka bertahan dengan baik untuk memastikan 1 mata menjadi milik mereka. Sekaligus menghampakan Arsenal daripada membawa pulang 3 mata pada aksi yang berlangsung pada masa makan tengahari.

Keputusan seri ini lebih kepada kehilangan 2 mata oleh Arsenal dan kejayaan meraih 1 mata oleh Everton.

Everton kini berada di tanggann ke-14. Sementara Arsenal kekal di tangga kedua dengan beza 11 mata daripada pendahulu Liverpool.

Liverpool akan berdepan Fulham di Craven Cottage keesokan harinya.