Arsenal Berminat Mendapatkan Wonderkid Brighton Yang Diletakkan Tanda Harga £100 Juta

Arsenal berminat untuk menambah seorang lagi penyerang pada jendela perpindahan kali ini.

Evan Ferguson merupakan wonderkid yang berusia 19 tahun dianggap antara pemain yang menjadi perhatian banyak kelab besar.

Dia pemain yang laju, lincah dan memiliki permainan fizikal yang lasak. Membolehkan Evan Ferguson seringkali dianggap penyerang serba lengkap yang sedang membangun.

Dan kini Arsenal mahukan pemain itu berada dalam skuad Arteta. Ianya adalah untuk perancangan masa panjang kelab itu.

£100 juta untuk Evan Ferguson

Tetapi Brighton dilaporkan sudah meletakkan tanda harga £100 juta untuk pemain remaja 19 tahun itu.

Musim pertamanya bersama skuad senior Brighton benar benar luar biasa. Menjaringkan 10 gol daripada 25 penampilan sahaja. Dia menarik perhatian media dengan kematangan dalam permainannya. Tidak gentar dan benar benar tenang.

Arsenal memang memiliki polisi untuk mendapatkan pemain muda berbakat besar untuk dibawa masuk dan dibangunkan bersama sama pasukan.

Pemain seperti Evan Ferguson sangat menepati ciri ciri pemain dimahukan Arteta.

Mungkin faktor harga akan menjadi penghalang memandangkan tanda harga pemain itu dianggap agak mahal.

Namun dengan Arsenal menyatakan hasrat mereka mahukan pemain itu ianya juga boleh menjadi serampang dua mata. Boleh membuatkan pemain tersebut ‘unsettled’ kata orang putih.

Dan mungkin pemain tersebut boleh buat hal dengan meminta dijual atau tidak melanjutkan k0ntrak.

Arteta pada masa yang sama mahu mencari penyerang yang benar benar cergas untuk menggantikan pemain seperti Gabriel Jesus yang injury prone.

Buat masa ini Arsenal ada Eddie Nketiah yang mengisi tempat itu. Dengan Arteta tidak berminat untuk bekerjasama dengan Folarin Balogun.

Nketiah pemain yang bagus namun ada keraguan untuk melihat pemain itu sebagai pemain berkelas dunia di masa hadapan.

Evan Ferguson pula dilabel oleh pundit seperti Gary Lineker sebagai ‘Harry Kane masa hadapan’ dalam bola sepak Inggeris.

Selain Arsenal, kelab seperti Spurs juga berminat dengan pemain tersebut.

Adakah Brighton akan mendapat wang besar sekali lagi daripada penjualan pemain? Selepas menjual Moises Caicedo £115 juta ke Chelsea?

Evan Ferguson sudah menjadi nama penting dalam kelabnya musim ini.

Baca yang lain