Arsenal Sedia Jadikan Ramsdale No.1 Dan Jual Leno

Kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal dilaporkan bersedia menjual penjaga gol utama mereka Bernd Leno musim panas depan berikutan kedatangan Aaron Ramsdale.

Sebelum ini ramai yang mempersoalkan apa relevannya Arsenal membeli penjaga gol sehingga £30 juta untuk menjadi penjaga gol kedua?

Ternyata Mikel Arteta sudah sedia untuk menjadikan Ramsdale sebagai penjaga gol no.1 kelab.

Ramsdale sebelum ini diturunkan menggantikan Leno dalam aksi menentang Norwich di mana mereka menang pertama kalinya musim ini dalam Liga Perdana Inggeris.

Ramsdale turut menunjukkan aksi yang merangsangkan dengan clean sheet.

Sumber Daily Mail melaporkan bahawa Arsenal dilaporkan memang menandatangani Ramsdale dengan harapan bahawa penjaga gol kebangsaan England akan menjadi penjaga gol nombor satu mereka pada akhir musim ini.

Namun Arteta buat masa ini belum memberikan jaminan buat Ramsdale akan menjadi penjaga gol no. 1 di Arsenal.

Kontrak semasa Bernd Leno masih ada sehingga 2023. Mereka tidak risau kalau pemain itu tidak mahu melanjutkan kontrak kerana sudah ada Ramsdale.

Selain itu Arsenal masih boleh mengawal perpindahan Leno dengan menjual pemain itu. Jika mereka tidak bercadang melepaskan pemain itu secara percuma sehingga kontraknya tamat.

Langkah itu dianggap pelan ekonomi bijak Arsenal dalam usaha mereka mengurangkan risiko kerugian di kala musim pandemik ini.

Seperti yang dinyatakan, Arteta masih belum menentukan siapa penjaga gol no.1 beliau. Pada masa yang sama memberitahu bahawa Leno bukan lagi dijamin menjadi pilihan utama.

Arteta berkata:

“Kami mempunyai dua penjaga gol yang sangat hebat. Kita tidak boleh lupa apa yang telah dilakukan Bernd untuk pasukan ini dan betapa bagusnya dia sebagai penjaga gol.”

“Saya ingin melihat bagaimana penampilan mereka sebelum memutuskan siapa yang bersedia menjadi penjaga gol utama. Jadi siapa yang menunjukkan prestasi yang lebih baik dan lebih dipercayai maka dia akan bermain,” katanya.

Ramsdale sebelum ini sudah menyatakan bahawa kehadiran beliau di Arsenal adalah untuk mencabar kedudukan sebagai penjaga gol no.1 kelab itu. Jadi tiada alasan untuk kedua dua penjaga gol untuk sambil lewa selepas ini.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil