Aksi Perisai Komuniti antara Arsenal dan Man City sangat dramatik. Di mana gol pada minit ke-101 masa kecederaan oleh Trossard telah mengheret permainan ke penentuan penalti.
Memandangkan tiada tambahan masa 30 minit untuk aksi Perisai Komuniti jika kedua dua pasukan terikat.
Man City turun sebagai juara treble musim lalu. Sementara Arsenal sebagai naib juara EPL.
Declan Rice beraksi untuk Arsenal, sebagai pemain Inggeris termahal di dalam sejarah.
Siapa sangka Man City akan menamatkan aksi di Wembley dengan agak teruk berdasarkan standard mereka sebagai juara banyak piala dan sudah sangat matang dalam mengendalikan tekanan untuk memenagi trofi.
City mendahului menerusi Cole Palmer pada minit ke-77.
Dan kemudian seolah olah membuang peluang untuk memenanginya sebaik sahaja memberikan peluang kepada Arsenal menyamakan kedudukan pada masa kecederaan minit ke-101 menerusi Leandro Trossard.
90+11’
TROSSARD EQUALIZES FOR ARSENAL 🤯 pic.twitter.com/9T2FNvlDsk
— B/R Football (@brfootball) August 6, 2023
Pada penentuan penalti, dua sepakan mengecewakan dilakukan oleh De Bruyne dan Rodri membuatkan Man City harus meratapi kegagalan untuk meraih trofi pra musim Liga Inggeris itu.
Fabio Vieira tidak melakukan kesilapan untuk memastikan penentuan penalti diselesaikan seawal mungkin.
Ianya adalah kejuaran Perisai Komuniti ke-17 dalam sejarah kelab Arsenal.
Sejarah berulang lagi, pada 1999, Arsenal menewaskan juara treble Man City dalam perisai komuniti.
Dan kemudian pada 2023, Arsenal sekali lagi menewaskan juara treble dalam perebutan perisai komuniti menewaskan Man City.
◎ In 1999, Man Utd won the Treble and lost 1-2 to Arsenal in the Community Shield.
◉ In 2023, Man City won the Treble and lost to Arsenal on penalties in the Community Shield.
The Gunners bringing Manchester back down to earth. 😏 pic.twitter.com/rrS4LADczR
— Squawka (@Squawka) August 6, 2023