Ada enam kelab EPL yang terang terangan menyokong Premier League dalam melawan Manchester City berkaitan dengan peraturan tentang tajaan.
Man City sudah lebih setahun dikenakan pertuduhan melakukan 115 kesalahan pengurusan kewangan Liga Perdana Inggeris. Man City konsisten menafikan mereka bersalah.
Kurang 3 minggu selepas kejuaraan EPL keempat berturut turut, Man City dilaporkan memulakan langkah untuk mengambil tindakan ke atas Liga Inggeris.
Man City sudah mengarahkan pasukan guamannya untuk menentang peraturan APT yang dikenakan oleh EPL ke atas mereka bermula 10 Jun.
APT adalah peraturan yang dikuatkuasakan untuk melarang kelab daripada mengadakan kesepakatan penajaan besar dengan syarikat yang mana pemilik mereka ada kepentingan di dalamnya.
Peraturan baharu ini akan membuatkan Etihad Airways dan SELA yang masing masing menaja Man City dan Newcastle United perlu melalui proses penilaian terlebih dahulu.
Majoritik kelab di EPL mengundi untuk peraturan itu pada 2021, sebaik sahaja Newcastle diambil alih oleh PIF dari Arab Saudi.
Premier League tidak mahu penaja yang ada kepentingan dengan PIF menyuntik dana tajaan yang terlalu besar atau tidak masuk akal.
Manchester City kini mencabar undang undang tersebut yang dianggap bercanggah dengan undang undang persaingan UK. Man City malah dalam proses menyaman Premier League kerana kerugian yang mereka tanggung kerana peraturan APT ini.
Menurut Daily Mail, sekitar 10 kelab sudah mengemukakan informasi tentang tajaan mereka berdasarkan peraturan APT ini.
Ada enam kelab yang sudah mengemukakan bukti tajaan mereka kepada Premier League yang dianggap untuk memberikan tekanan kepada Man City dan pada masa yang sama tanda mereka menyokong Premier League dalam dasar itu.
Enam kelab itu adalah Manchester United, Arsenal, Fulham, Wolves, Brighton dan Tottenham.
Daily Mail turut melaporkan bahawa Newcastle, Chelsea dan Aston Villa kini menyokong Manchester City untuk membantah dan mencabar peraturan APT ini.
🚨🚨| NEW: The clubs providing evidence 𝐀𝐆𝐀𝐈𝐍𝐒𝐓 Manchester City include Manchester United, Arsenal, Fulham, Wolves, Brighton and Tottenham.
[@MikeKeegan_DM] pic.twitter.com/Rxu17aMZye
— CentreGoals. (@centregoals) June 6, 2024
Untuk membolehkan peraturan APT ini dihapuskan, Man City memerlukan sokongan daripada 13 kelab lagi untuk menjadikannya 14 pasukan menentang, barulah sesuatu dasar itu secara mutlak akan dimansuhkan.
Buat masa ini, kebanyakan kelab lebih cenderung untuk menyokong APT.
Baru baru ini legenda Arsenal, Tony Adams mendesak Premier League lebih tegas ke atas Man City agar kelab itu tidak berterusan mendapat kelebihan berbanding kelab lain.