Arsenal Mangsa Kontroversi VAR Sekali Lagi Dalam Kekalahan Pertama Mereka Di Home Musim ini

Gol kontroversi oleh Tomas Soucek mewarnai aksi antara Arsenal dan West Ham pada awal pagi tadi waktu Malaysia.

Arsenal melayan kunjungan West Ham di Emirates dalam usaha mereka mahu merampas semula kedudukan teratas dalam Liga Perdana Inggeris sekali lagi selepas ianya dihuni Liverpool.

Di atas padang, Arsenal seperti dijangka, tampil dengan lebih dominan dan memberikan tekanan yang berterusan ke kubu West Ham.

Namun West Ham yang terlebih dahulu di hadapan menerusi Tomas Soucek pada minit ke-13.

Gol itu menjadi kontroversi kerana peminat Arsenal mendakwa Jarrod Bowen melakukan assist daripada kedudukan bola sudah terkeluar daripada permainan.

Paqueta yang tenang telah mencari Emerson Palmieri di kiri. Pemain itu melakukan cross yang sangat cantik membuatkan pertahanan Arsenal hampir tertampan bola ke gawang sendiri.

Ketika bola hampir terkeluar daripada permainan, Bowen melakukan rebound dan disambar Soucek. VAR mengambil masa yang agak lama untuk membuat pengesahan gol itu.

Pada satu sudut, bola dilihat sudah terkeluar sepenuhnya. Peminat bengang kerana di sebalik VAR yang canggih manggih, masih tidak ada kamera yang cukup untuk insiden seperti ini.

VAR tidak dapat mengesahkan sama ada bola itu benar benar sudah keluar. Dan West Ham diberikan gol atas manfaat daripada keraguan.

Ianya mengingatkan peminat Arsenal dengan gol oleh Newcastle beberapa bulan lalu, di mana mereka kalah dalam perlawanan itu. Di mana ramai percaya bola sudah pun terkeluar. Dan PGMOL mengeluarkan kenyataan bahawa tiada keputusan yang jelas untuk menyokong hujah bola itu keluar.

Arteta ketika itu menganggap VAR memalukan kerana semakan dibuat ke atas 3 insiden dalam gol itu. Sama ada pemain Newcastle sudah ofsaid, atau bola sudah terkeluar, atau Gabriel sudah dikasari oleh Joelinton. Dan kesemuanya dianggap bersih.

Peminat menganggap VAR bencikan Arsenal. Kerana sudah dua kali perkara itu berlaku kepada mereka musim ini.

Selepas gol itu, Arsenal memberikan respon yang kuat. Antaranya sepakan deras Bukayo Saka terkena tiang. Dan Areola melakukan beberapa penyelamatan lagi termasuk menafikan percubaan Saka.

Bersambung babak kedua, Declan Rice melakukan rembatan bahaya yang hampir menembusi gawang bekas pasukannya.

Tetapi West Ham sekali lagi menjaringkan gol awal selepas sepak mula. Kali ini Arsenal tersentak dengan gol oleh bekas pemain yang pernah dibuang mereka iaitu Mavropanos.

Mavropanos melakukan tandukan berkelas dunia selepas menerima hantaran daripada sepakan penjuru James Ward Prowse pada minit ke-55.

Arsenal mempersia siakan peluang minit ke-66, apabila bola sepak luar biasa mereka gagal disempurnakan Gabriel Jesus yang menanduk liar dari jarak dekat.

Ogbonna melakukan hadangan berani dan kemudian Areola terus melakukan satu lagi save luar biasa menafikan percubaan jarak dekat oleh Trossard.

Minit ke-82, Bukayo Saka mendakwa dia dikasari di dalam kotak penalti. VAR menyemak insiden tersebut. Namun kemudian VAR mengesahkan keputusan pengadil untukΒ  tidak memberikan penalti adalah tepat.

Minit ke-89, Nketiah melakukan libasan gunting lemah yang diselamatkan Areola. Kemudian Odegaard yang cemerlang sepanjang malam melakukan rembatan deras. Namun masih gagal menewaskan Areola.

Ketika Arsenal berjuang pada masa kecederaan untuk cuba meraih sekurang kurang 1 mata, bekas kapten West Ham, Declan Rice melakukan kesilapan yang memberikan penalti kepada West Ham pada masa kecederaan minit terakhir.

Benrahma bagaimanapun gagal menyempurnakan sepakan itu yang mudah dibaca oleh David Raya.

The Hammers tetap berjaya meraih 3 mata dari Emirates dengan cara yang luar biasa. Ini adalah kejutan buat Arsenal yang menerima kekalahan pertama mereka di tempat sendiri musim ini.