‘Arsenal Memang Patut Kalah’

Mikel Arteta menyatakan bahawa Arsenal memang patut kalah lawan Newcastle semalam.

Arsenal gagal menggunakan kesempatan yang ada, ketika Man City turut kalah dalam perlawanan semalam.

Skuad Mikel Arteta sekali lagi tunduk kepada Newcastle dalam kunjungan mereka ke St James’ Park.

Jaringan tunggal Alexander Isak sudah cukup untuk Newcastle meraih 3 mata daripada aksi semalam.

“Ya saya benar benar kecewa, pasukan kali memang patut kalah,” tegas Arteta yang kini menyaksikan pasukannya 7 mata di belakang pendahulu liga, Liverpool.

Arteta enggan membincangkan tentang persaingan kejuaraan liga buat masa ini kerana baginya yang paling penting adalah prestasi Arsenal setiap minggu.

“Selepas 10 minggu kami tak akan dapat jawapannya sekarang. Ini bukan masa nak cakap soal kejuaraan liga namun isu sekarang adalah memberikan versi terbaik kami pada setiap minggu.”

Arteta kemudian mahukan pemainnya bangkit dan memperbetulkan keadaan pada Rabu ini ketika menentang aksi menentang Inter Milan.

“Kami harus memperbetulkan semula keadaan pada Rabu ini,” tegas Arteta.

Arteta memuji Newcastle sebagai bijak untuk mengajak Arsenal bermain dengan cara mereka mahukan. Arteta melabel Newcastle bermain dengan taktikal yang keras dan fizikal.

“Mereka benar benar pandai membawa kami bermain dengan cara mereka. Mereka sangat fizikal terutama sekali Joelinton,” tegas Arteta lagi.

Arteta tidak berminat membincangkan tentang ketiadaan Odegaard yang dianggap menjadi punca Arsenal terumbang ambing.

“Dia tidak ada dalam senarai ketika ini. Kita boleh bincangkan perkara itu sepanjang hari. Namun kami ada jawapan lain yang berkesan,” tambah Arteta.

Arteta juga tidak mahu bercakap tentang Alexander Isak yang dikatakan sebagai pemain yang diperlukan Arsenal untuk menjadi juara liga.

Menurut Arteta dia sayangkan pemain dia yang sedia ada dan yakin mereka sudah memiliki skuad yang cukup bagus.