Raheem Sterling dilaporkan telah didesak oleh Chelsea untuk keluar daripada kelab itu segera menjelang deadline day. Enzo Maresca sendiri sudah memberikan amaran bahawa pemain itu tidak berada dalam perancangannya dan harus mencari kelab baharu.
Chelsea sebelum ini menawarkan Sterling ke Man United sebagai pertukaran pemain dengan Jadon Sancho. Namun Man United menolaknya.
Dan kini Chelsea cuba ‘tolak’ Sterling ke Arsenal pula. Menariknya, Fabrizio Romano melaporkan Arsenal berminat dengan idea tersebut. Namun masih perlu berbincang secara internal untuk perkara itu.
Sterling akan dijual dengan harga rendah oleh Chelsea yang sebenarnya mahu memastikan bil gaji pemain itu disingkirkan. Dia menerima £300 ribu seminggu di Stamford Bridge. Dan kini namanya tiada dalam perancangan pengurus baharu Chelsea.
Sterling juga berminat untuk ke Arsenal dan membuat beberapa pertimbangan lagi terutama sekali dari segi kesediaannya menerima pengurangan gaji jika ke Emirates.
🚨🔴⚪️ Arsenal are discussing internally about Raheem Sterling as the opportunity has been offered again this morning.
Chelsea want to find a solution for Raheem as he won’t be included in squad again if he stays, Enzo Maresca said.
Sterling, assessing options to decide soon. pic.twitter.com/YbhNMbyugJ
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 30, 2024
Mikel Arteta sebelum ini sangat rapat dengan Sterling ketika di Man City. Dalam satu wawancara, Pep Guardiola sendiri mendedahkan prestasi kemuncak Raheem Sterling di Man City kerana bantuan khas dan latihan spesifik secara peribadi diberikan Arteta ke atas pemain itu.
Arteta sebelum ini sudah mendapatkan Jorginho dan Kai Havertz dari Chelsea. Kini sedia mendapatkan Raheem Sterling pula. Dengan prestasi tidak menentu oleh Martinelli awal musim ini, Sterling mungkin boleh memberikan opsyen kepada Arteta. Sterling juga boleh menjadi sandaran untuk posisi Bukayo Saka.
Dia juga boleh bermain di false 9, ketika dia bermain untuk Man City.