Arsenal Sertai Chelsea Dan Newcastle Dalam Persaingan Dapatkan Raphinha

Arsenal sebelum ini gagal dalam pemburuan Raphinha selepas pemain itu memutuskan untuk menyertai Barcelona.

Raphinha pada awalnya dilaporkan sudah setuju syarat menyertai Arsenal. Namun kemudian berunding dengan Chelsea kerana mahu bermain di UCL dan tawaran gaji lebih tinggi.

Seterusnya Leeds turut lebih berminat dengan tawaran Chelsea yang lebih tinggi dari segi harga. Newcastle turut berminat mendapatkan pemain itu, namun berdepan kekangan harga kerana akaun FFP kelab itu masih tidak mengizinkan mereka berbelanja besar pada masa itu.

Arsenal masih berusaha untuk meyakinkan Raphinha tentang projek mereka musim ini. Akhirnya pemain itu tiba tiba memutuskan untuk menyertai Barcelona.

Sejak bersama Barcelona, pemain itu tidak menunjukkan aksi yang memuaskan seperti mana yang diharapkan oleh Xavi.

Dan Barca sedia menjual pemain itu pada musim panas akan datang demi mendapatkan dana untuk pemain baharu.

Pengarah Sukan Arsenal, Edu dilaporkan telah serta merta menghubungi Barcelona dan Deco untuk membincangkan situasi Raphinha.

Edu masih percaya bahawa Raphinha adalah pemain tepat untuk Arteta di Arsenal.

Raphinha masih dalam senarai pemain sasaran Mikel Arteta di Arsenal.

Deco dilaporkan telah menerima 3 tawaran awal daripada kelab yang mahukan Raphinha.

Kelab itu adalah Arsenal, Chelsea dan Newcastle. Mereka sekali lagi berminat dengan Raphinha.

Wartawan yang rapat dengan Barca, Gerard Romero melaporkan bahawa Eddie Howe sedia membayar €80 juta untuk mendapatkan pemain itu.

Jumlah itu jauh lebih tinggi daripada tawaran mereka musim panas lalu bernilai €48 juta.

Arsenal turut sedia membayar jumlah yang sama dengan ditawarkan Newcastle iaitu sekitar €70-80 juta.

Mereka berharap akan dapat memujuk pemain itu ke Emirates kali ini dengan adanya pengaruh Brazil daripada Edu, dan pemain seperti Gabriel Martinelli, Gabriel Magalhaes dan Gabriel Jesus.

Bagi Chelsea walaupun mereka berdepan dengan tekanan untuk menjual pemain sebelum membeli, namun kelab itu yakin akan dapat menjual beberapa pemain mereka pada jendela perpindahan akan datang.

Mereka mungkin akan menggunakan kaedah sama yang digunakan untuk mendapatkan Mudryk dan Enzo Fernandez iaitu menawarkan kontrak yang sangat panjang untuk mengurangkan kos bayaran secara purata tahunan.

Baca yang lain