Arsenal Siasat Diri Sendiri Kerana Beli Pepe £72 Juta

Arsenal telah melancarkan siasatan dalaman ke atas organisasi mereka sendiri iaitu Arsenal.

Siasatan tersebut adalah untuk menilai semula perpindahan £72 juta melibatkan Nicolas Pepe. Pepe merupakan pemain paling mahal dalam sejarah kelab Arsenal.

Unai Emery dipecat pada awal musim ini. Dan pada Mei lalu beliau menyatakan sasaran utama beliau ialah Wilfred Zaha berbanding Nicolas Pepe.

Unai menyatakan pihak pengurusan tertinggi lebih memilih Pepe berbanding dengan Zaha sedangkan kedua dua pemain memiliki jumlah perpindahan dengan pendahuluan yang hampir sama.

Pepe menjaringkan 8 gol dan 8 Assist daripada 42 perlawanan musim ini. Ia masih bukan musim menggembirakan Arsenal.

Prestasi itu masih jauh daripada apa yang diharapkan daripada Pepe yang sebelum itu sangat prolifik.

Oleh sebab itu Arsenal melancarkan siasatan dalaman ke atas badan rekrut pemain untuk melihat lebih teliti tentang apa yang sebenarnya berlaku.

ESPN melaporkan bahawa ini bukan bermaksud Arsenalmenyesal untuk membeli Pepe. Di mana mereka membayar £20 juta wang pendahuluan dan bayaran £52 juta lagi dalam bentuk ansuran

Namun ianya lebih untuk rujukan pada urusan perpindahan yang akan datang.

Laporan itu menambah:

“Komitmen yang tinggi dan mendalam dalam perkara ini telah membawa kepada penilaian semula terhadap proses rundingan yang melibatkan perpindahan yang besar serta diragui.”

“Beberapa pegawai dari pasukan lain yang berminat dengan Nicolas Pepe pada ketika itu telah menarik diri apabila mereka mendengar bidaan yang diajukan oleh Arsenal.”

Bekas penyerang pasukan Arsenal, Jeremie Aliadiere pernah menyuarakan pandangan beliau tentang perpindahan ini.

“Saya melihat apa yang dia telah lakukan bersama pasukan Lille pada musim lalu dan ia menunjukkan bahawa dia seorang pemain yang hebat.”

“Jadi saya tidak menafikan langsung bakat yang ada pada dirinya.”

“Namun apa yang saya lihat adalah seorang pemain termahal di dalam sejarah pasukan Arsenal.”

“Walaupun kamu cuba untuk tidak mahu memperdulikan tentang wang yang dibayar oleh kelab kepada pemain, tetapi wang jugalah juga perkara yang sangat penting di dalam bola sepak.”

“Setelah kamu membayar wang yang sebesar itu pada seorang pemain maka kamu mengharapkan dia untuk menjaringkan lebih banyak gol dan Assist.”

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang