Real Madrid berdepan Arsenal dalam perlawanan kedua suku akhir Liga Juara Juara Eropah di Bernabeu. Perlawanan pertama Arsenal selesa membawa bekalan 3-0 dari Emirates.
Real Madrid melakukan beberapa serangan awal yang diggerakkan oleh Vinicius Jr. Mbappe hampir meletakkan Reall Madrid di hadapan, namun gol tidak dikira kerana dia sudah ofsaid. Tetapi penyokong di Bernabeu teruja melihat usaha jelas daripada Real Madrid mahu membalikkan defisit gol.
Minit ke-6, Bukayo Saka cuba melencongkan bola yang tidak mampu dijangkau Coutois, namun bola tersasar sedikit. Pemain yang sama menguji Courtois sekali lagi, kali ini rembatan leret yang memaksa Courtois melayangkan badan untuk menepis bola.
Pengadil tiba tiba pergi ke monitor untuk melihat sama ada Asencio mengasari Mikel Merino. Dan pengadil memutuskan untuk memberikan penalti.
Bukayo Saka mengambil sepakan penalti tersebut berdepan dengan Courtois. Namun pemain antarabangsa England itu seolah olah sengaja cari pasal dengan cuba melakukan panenka yang tidak cantik dan diselamatkan Courtois.
Kira kira 10 minit kemudian pengadil memberikan sepakan penalti buat tuan rumah. Namun penalti itu ditarik semula selepas semakan VAR.
Separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan 0-0.
Pada separuh masa kedua Arsenal terlebih dahulu di hadapan menerusi gol cantik Bukayo Saka. Pemain antarabangsa England itu menebus kesilapan penaltinya dengan gol minit ke-65.
Namun hanya 2 minit kemudian, Real Madrid menyamakan kedudukan menerusi gol oleh Vinicius Jr selepas kesilapan Arsenal.
Ketika Real Madrid berusaha mendapatkan gol saguhati, Garbriel Martinelli menambah gol kedua Arsenal untuk menjadikan agregat 5-1 minit ke-90+3.
Arsenal mara ke separuh akhir untuk berdepan dengan PSG yang menyingkirkan Aston Villa semalam. Ini adalah kali pertama Arsenal layak ke separuh akhir UCL sejak kali terakhir pada 2009.
Dalam sejarah Arsenal, Mikel Arteta menjadi pengurus kedua yang membantu kelab itu mara ke separuh akhir selepas Arsene Wenger.
Only two managers in Arsenal history have reached the Champions League semi-finals 🧠 pic.twitter.com/GWMgaP4pYc
— Football on TNT Sports (@footballontnt) April 16, 2025