Arsenal dilaporkan tidak memasukkan nama bintang bergaji paling tinggi dalam skuad mereka, Mesut Ozil, dalam daftar pasukan untuk Liga Europa 2020/21.
Mesut Ozil masih belum beraksi sebarang aksi kompetitif dengan Arsenal sejak liga disambung semula selepas digantung sementara musim lalu.
Arsenal juga dilaporkan cuba menjual ataupun meminjamkan Ozil keluar, namun isu gaji terlalu tinggi membuatkan tiada pasukan yang sanggup membayarnya.
Mesut Ozil pula enggan untuk menerima pemotongan gaji di tempat lain. Bahkan Ozil antara salah seorang daripada beberapa pemain Arsenal yang enggan menerima pemotongan gaji oleh kelab ketika krisis kesihatan dunia.
Alasan Ozil adalah dia tidak jelas ke mana wang itu akan pergi.
Walaupun banyak tekanan dihadapinya di Arsenal, Mesut Ozil memutuskan untuk terus kekal dan mencabar tempatnya dalam pasukan Arsenal.
The right decision?https://t.co/kj1iq7YcM3
— Arsenal FC News (@ArsenalFC_fl) October 7, 2020
Tetapi dari 25 pemain yang berdaftar dengan UEFA untuk Liga Europa, sebuah kelab hanya boleh memasukkan maksimum 17 nama pemain bukan dari dalam negara mereka.
Arsenal sendiri mempunyai 19 pemain dengan status bukan dari England ataupun dibangunkan di England (homegrown).
Arsenal currently have 19 non-HG players in the squad, only 17 can be registered.
Which 2 would you drop? #afc pic.twitter.com/32hciYdsbY
— Arsenal Presser (@ArsenalPresser) October 6, 2020
Kemasukan Thomas Partey antara yang menyebabkan pertambahan bilangan skuad Arsenal yang semakin besar. Arteta juga harus membuat keputusan untuk tidak memasukkan dua pemain senior.
Namun bagi peminat Arsenal itu bukan alasan yang boleh diterima. Kerana Arsenal sudah melepaskan Lucas Torreira dan Guendouzi sebelum ini.
Goal melaporkan bahawa Arsenal telah memutuskan untuk tidak memasukkan nama Ozil dan Sokratis Papastathopoulos dalam skuad mereka untuk Liga Europa.
Arsenal mendapat kritikan ramai pihak di atas layanan mereka ke atas Ozil. Peminat merasakan ianya agak keterlaluan kerana Ozil adalah pemain senior dalam skuad Arsenal.
Very bad decision, surprised that the club has no morals and doesn't want him to play anymore despite him helping us win three fa Cup's and also finishing 2nd in 2016. Better hope that none of our midfield test positive.
— Roland Shaw (@shawsroland) October 7, 2020
John Cross dari Mirror juga melaporkan bahawa dia difahamkan bahawa Arsenal tidak mendaftarkan nama Ozil dalam skuad UEL mereka musim ini.
Meanwhile, clubs have had to submit squads to UEFA and it is understood that Mesut Ozil will NOT be in Arsenal's Europa League squad. UEFA to confirm squads tomorrow.
— John Cross (@johncrossmirror) October 7, 2020
Agak kesian untuk Ozil. Dalam perkembangan berkaitan, kelmarin Ozil telah menawarkan diri untuk membayar gaji Gunnersaurus menggunakan wangnya selagi lagi dia bergelar pemain Arsenal.
Maskot Gunnersaurus antara staff yang disingkirkan dari jawatan mereka sebagai salah satu langkah penjimatan kelab.
🗓 Yesterday: Offers to pay Gunnersaurus' wages
🗓 Today: Left out of Arsenal's Europa League squad
Mesut Ozil right now: pic.twitter.com/RJ7uuA4jyb
— ODDSbible (@ODDSbible) October 7, 2020
Jika perkara ini benar benar rasmi, bermakna Arsenal sanggup membayar pemain £350k untuk duduk di bangku simpanan dan tidak didaftarkan dalam skuad Eropah mereka.