Arsenal Tawarkan Pepe Ke PSG Untuk Gantikan Di Maria

Arsenal sudah sedia untuk menjual Nicolas Pepe sebelum kontraknya berakhir.

Kelab London Utara itu dilaporkan telah menawarkan Nicolas Pepe kepada PSG.

Pepe sebelum ini menjadi rebutan banyak kelab terutama sekali di England. Ketika itu Arsenal menjadi pemenang persaingan selepas sanggup membeli Pepe dengan nilai sekitar €80 juta secara keseluruhan.

Arsenal membayar nilai itu secara ansuran selepas pemain itu beraksi cemerlang ketika di Lille.

Namun selepas beberapa musim di Arsenal, Pepe gagal menepati standard yang diharapkan. Kini pemain sayap antarabangsa Ivory Coast itu terus gagal untuk menjadi pemain kesebelasan utama yang konsisten.

Pepe dikatakab berminat untuk kembali semula ke Perancis. Arsenal merasakan mungkin PSG berminat dengan Pepe. Ini kerana tangga gaji Pepe yang ada, PSG adalah kelab Ligue 1 yang berkemampuan membayarnya.

Jika kelab lain, ianya memerlukan Pepe menerima pengurangan gaji.

PSG sudah melepaskan Angel Di Maria. Kemudian memutuskan untuk menamatkan rundingan dengan Ousmane Dembele.

Pepe dianggap pengganti secara terus kepada Angel Di Maria, pemain berkaki kiri yang bermain di wing kanan.

Arsenal memikirkan opsyen PSG kerana mengambil kira, kelab itu mungkin mahukan Pepe. Seterusnya, Arsenal melihat adalah lebih mudah memujuk Pepe menyertai pasukan Ligue 1 kerana dia sangat selesa di sana.

Namun jika Pepe memikirkan soal minit perlawanan. Pastinya tidak masuk akal untuk dia memikirkan soal itu dengan kualiti yang ada di PSG. Angel Di Maria berbeza, kerana dia boleh bermain di tengah.

Di PSG, mereka sudah ada ramai pemain yang boleh bermain di bahagian sayap termasuk Messi, Neymar dan Mbappe.

Namun harus diingat bahawa, Pengarah Sukan baharu PSG, Luis Campos merupakan orang yang menemui bakat Pepe dan membantu Lille menjana wang sangat tinggi daripada penjualan pemain itu.

Campos mungkin boleh memujuk Pepe dan meyakinkan PSG bahawa Pepe adalah pilihan yang baik.

Sebelum ini Campos menolak cadangan kelab yang mahu mendapatkan Ousmane Dembele. Ini kerana rekod kecederaan dan reputasi masalah disiplin pemain itu.

Arsenal sedia menerima harga jauh lebih rendah daripada €80 juta yang mereka laburkan sebelum ini. Dengan misi utama mereka adalah untuk mengurangkan gaji Pepe dalam bil gaji mereka.

Melepaskan Pepe akan memudahkan lagi Arteta membawa masuk pemain sayap Brazil Marquinhos kerana mereka boleh menawarkan pakej gaji lebih baik kepada pemain itu.

Seterusnya, Bukayo Saka dilihat sebagai pemain utama di posisi sayap.