Arsenal Ucap Selamat Bersara Lord Bendtner, Ini Kisah Beliau Benar Benar Dapat Darjah Kebesaran ‘Lord’

Pengumuman mengejutkan datang dari Nicklas Bendtner, di mana beliau secara rasmi telah mengumumkan bahawa dia bersara dari bola sepak pada usia 33 tahun.

Bendtner, penyerang asal Denmark yang telah mewakili beberapa kelab besar Erpah termasuk Arsenal, Juventus, selain daripada Wolfsburg sepanjang kariernya.

Dia juga merupakan pemain utama pasukan kebangsaan Denmark. Di mana, Lord Bendtner sudah mencatatkan 81 caps untuk Denmark dan menjaringkan 30 gol sepanjang kariernya.

Pada hari Khamis, Bendtner secara rasmi mengumumkan bahawa dia akan bersara secara rasmi. “Saya sangat merindui bola sepak setiap hari,” kata beliau dengan nada sebak.

Bendtner menganggap bahawa dia telah menghabiskan masa yang lama dalam kariernya dalam dunia bola sepak. Oleh itu, dia merasakan ini adalah masa yang tepat untuk dia berundur dan beralih kepada perkara lain.

“Saya sedar bahawa karier ini aka berakhir juga . Saya telah menghabiskan banyak masa untuk memikirkan perkara ini, tetapi akhirnya saya memahami bahawa kerjaya bola sepak saya sudah berakhir sekarang.”

“Sekarang saya ingin mencari sesuatu yang lain seperti yang telah diberikan oleh bola sepak selama bertahun-tahun.”

Bendtner menyatakan dia masih akan bekerja dalam bola sepak. Dan mahu menjadi jurulatih. Kerjaya yang dianggap impian setiap pemain selepas bersara.

“Bola sepak telah menjadi sebahagian besar dalam hidup saya dan saya tidak dapat meninggalkannya dengan segera. Itulah sebabnya saya mengambil pendidikan kejurulatihan.”

“Saya harap saya dapat memberikan sumbangan lebih besar daripada ketika saya bermain. Dengan itu, saya masih boleh menjadi sebahagian daripada bola sepak,” kata Bendtner lagi yang beraksi buat kali terakhir  untuk kelab Denmark, Tarnby FF.

Arsenal mengucapkan selamat bersara dengan kapsyen: “Selamat bersara Lord Bendtner” dengan berkongsi detik beliau menjadi penjaring gol terpantas dari bangku simpanan.

Kisah usikan yang benar benar menjadi nyata

Bendtner seringkali menjadi usikan kepada netizen kerana sikapnya yang super optimis. Di mana beliau pernah membayangkan dia akan menjadi bintang di kelab Barcelona atau Real Madrid pada suatu hari nanti. Namun malangnya, aksi di atas padang tidak langsung menunjukkan apa yang dikatakannya kepada umum.

Lantas Bendtner digelar Lord oleh peminat. Dan siapa sangka gelaran yang awalnya menjadi usikan itu benar benar menjadi nyata.

Antara quotes Yang membawa Bendtner kepada gelaran Lord adalah kerana perkara berikut:

1. Real Madrid atau Barcelona

Ketika ditanya tentang masa depan beliau dengan Arsenal.

“Saya boleh beraksi di mana saja, asalkan saya gembira di tempat tersebut. Saya mahu bermain dalam pasukan yang saya boleh jaringkan gol dan memenangi sesuatu. Saya tak suka duduk di bench dan menonton orang lain bermain.”

Wartawan bertanya, dimanakah pasukan ‘seterusnya’ itu jika beliau keluar daripada Arsenal. Bendtner menjawab

“Real Madrid atau Barcelona.”

2. Percaya dirinya terbaik

“Saya mahu menjadi penjaring terbanyak dalam Liga Perdana Inggeris, penjaring terbanyak di Piala Dunia dan dalam tempoh lima tahun lagi saya mahu menjadi antara penyerang terbaik di dunia.”

“Percayalah, ia akan berlaku. Saya telah memerhatikan keupayaan pemain lain, dan saya melihat keupayaan saya sendiri.”

“Dan saya tidak dapat melihat apa-apa sebab pun yang memberitahu saya bahawa ia mustahil untuk berlaku, saya pasti akan ada orang berkata: ‘Apa yang dia merepek?'”

“Tetapi seperti yang saya pernah lakukan sebelum ini, saya akan lakukanya sekali lagi, iaitu saya akan duduk di satu sudut yang lain dan ketawakan orang-orang ini, apabila ia menjadi kenyataan.”

3. Nilai Diri Sendiri

Wartawan bertanya, apakah yang beliau rasa tentang karier beliau selepas berjaya menjadi antara penyerang utama di Eropah dengan Denmark.

” Jika anda tanya, sama ada saya salah seorang penyerang terbaik di dunia, jawapannya ‘Ya’, sebab saya percaya ”

4. Komen tentang selalu duduk di bench

” Saya sepatutnya di kesebelasan utama setiap perlawanan. Saya patut bermain setiap minit dan setiap peralawanan. Saya sepatutnya sentiasa ada di dalam pasukan (utama)”

5. Komen kereta Aston Martin selepas kemalangan

“Badan saya adalah mata pencarian saya dan saya terdesak untuk mengetahui jika saya OK bukannya kereta itu. Jadi saya menanggalkan semua pakaian termasuk seluar saya.”

“Saya gunakan cermin sisi dan memeriksa diri saya, dari depan ke belakang. ”

“Kemudian saya masuk semula ke dalam kereta untuk mencari handphone saya.”

“Pertama sekali, saya hubungi ayah saya, memberitahu dia, bahawa saya terlibat dalam kemalangan tetapi saya OK.’

“Kemudian saya hubungi kelab untuk mengatakan bahawa saya akan lewat sedikit untuk latihan.”

Bendtner dengan selamber terus hadir ke pusat latihan tanpa perlu risau baru lepas kemalangan.

Kata kata beliau telah menjadikan Bendtner semakin menjadi perhatian dan fans bola sepak menunggu je dia buka mulut atau buat sesuatu di dalam atau di luar padang.

Setiap apa yang beliau lakukan selepas itu akan menjadi hiburan, perhatian dan modal banter.

Dapat darjah Lord sebenar

Pada 16.03.2015, media Goal.com dan berberapa media sukan perdana di Eropah melaporkan bahawa Bendtner akhirnya menjadi Lord yang sebenar.

Ia berlaku apabila sebuah syarikat majalah Denmark telah membeli dan menghadiahkan sebidang tanah yang kecil kepada Bendtner di Scotland.

Ia melayakkan Bendtner diberi gelaran Lord. Ini bermakna samaran yang diberikan kepada beliau sejak di Arsenal kini merupakan moniker yang tulen.

Satu kaki persegi tanah di Glencoe Wood telah dibeli oleh penerbitan SE Og HOR dan didaftarkan atas nama penyerang Wolfsburg tersebut, menjadikan beliau

‘A Lord of Glencoe’

Bendtner sebelum ini pernah memberi pendapat tentang gurauan Lord dan berkata, beliau suka bergurau dan kekadang orang muda jadi gila dengan gurauan beliau.

Bendtner berkata dia terkejut dengan pengguna internet yang memberikan beliau gelaran Lord kerana kata kata beliau.

“Mereka ingat saya ni jenis jenaka ? saya seorang yang serius.”

“Saya tidak pasti apa imej saya. Ia berbeza berdasarkan orang yang berbeza, dan saya percaya. Ibu saya selalu memberitahu saya bahawa saya adalah orang yang polaris dalam pendapat.”

“Terdapat pepatah Denmark ‘Anda ibarat seseorang yang membelah laut’ Saya berjumpa dengan ramai orang, ada golongan yang berpendapat bahawa saya adalah orang yang paling hebat di dunia, dan saya juga bertemu orang yang rasa mahu membaling botol ke arah saya.”

Bebalik kepada gelaran Lord Of Glencoe, Bendtner sendiri telah memberi reaksi positif kepada gelaran baru itu.

Ejen Lord Bentner, Elisa Lykke mengesahkan kepada Daily Mail: “Kami telah meneliti, dan Nicklas merasakan ia adalah gimik yang menyeronokkan.”

“Kami telah meminta untuk dihantar surat watikah dan kami gembira kerana ia juga sebahagian usaha untuk menyokong pemuliharaan kawasan alam semula jadi.” tambah Lykke.

Daripada gelaran troll akhirnya, ada pihak menyokong ia menjadi gelaran rasmi. Ia dah macam jadi satu doa daripada peminat.

Walaupun gelaran Lord oleh troller merujuk kepada super power seperti ‘God’ namun kini beliau mendapat Lord atas kapasiti tuan tanah yang bertanggungjawab ke atas alam sekitar.

SELAMAT BERSARA LORD BENDTNER! KAMI MERINDUI KAMU.

Saksikan gol trivela ini:

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai