Arsenal mengesahkan bahawa mereka menanggung £27.1 juta kerana kegagalan mara ke UCL musim ini.
Arsenal sudah gagal mara ke UCL sebanyak 3 musim berturut-turut.
Arsenal umum kerugian
Pengerusi Arsenal, Sir Chips Keswick, berkata: “Satu lagi musim tanpa Liga Juara Juara Eropah akan terus memberikan tekanan kepada struktur kewangan kelab.
Kegagalan Arsenal bersaing dalam UCL musim ini membuatkan Arsenal rugi £27.1 juta. Dan Chips Keswick memberitahu betapa pentingnya UCL bagi mereka.
Ketika ini Arsenal masih bergelut untuk menempatkan diri mereka dalam 4 teratas. Mereka juga baru tersingkir daripada Liga Europa baru baru ini.
Ini bermakna, satu talian hayat mereka sudah musnah. Yang tinggal hanyalah, kelayakan menerusi slot di Liga Perdana Inggeris.
Kekalahan itu juga membuatkan Arsenal terpaksa membayar rebat kepada pemegang pas bermusim kerana gagal bermain sekurang-kurangnya 7 perlawanan cup competitions di Emirates.
Bagaimana ‘Miss’ Aubameyang Ini Membuatkan Arsenal Kena Bayar £4.5 Juta Kepada Penyokong
Laporan terkini kewangan Arsenal itu dikeluarkan pada Jumaat. Ianya adalah laporan kewangan yang berakhir pada 31 Mei.
Sebagai perbandingan, pada 2018, mereka masih menjana keuntungan £56.5 juta meskipun gagal bermain di UCL.
Namun ketika itu mereka berjaya menjual pemain seperti Oxlade Chamberlain, Theo Walcott dan Olivier Giroud yang membolehkan mereka mendapat £120 juta.
Throwback :You love to watch this 🔥Wenger ball with counter attack and pace 💯Carzola to Rosicky to Özil to Giroud. #COYG pic.twitter.com/SJsrQI5dUc
— Gooner_Eurychus⚽✪™ (@Gooner_Eurychus) February 24, 2020
Secara keseluruhan, pendapatan kelab bertambah kepada £394.7 juta daripada £388.2 juta.
Kos operasi kelab
Namun Arsenal berdepan dengan kos operasi yang terlalu tinggi dengan kos pembelian pemain serta gaji pemain menjadi penyumbang utama kepada kerugian yang mereka tanggung.
Kos semakin meningkat
Dan musim ini mendapatkan Nicolas Pepe dengan rekod kelab. Kos keseluruhan yuran perpindahan dan kontrak pemain tersebut sehingga £99 juta. Ini akan dibawa ke dalam laporan kewangan musim hadapan.
Mereka juga mendapatkan pemain seperti Tierney dan Saliba.
Namun bermula tahun ini, mereka akan mendapat £60 juta setahun daripada perjanjian tajaan jersi.
Dengan pengumuman kerugian ini, bermakna Arsenal mengalami kerugian tertinggi sejak 2002.
Arsenal perlu bermain UCL
Arsenal pastinya berharap tidak berlaluk ‘worst case scenario’ di mana mereka gagal layak ke Liga Europa.
Nightmare scenario 😱
£27.1m loss 💰
Aubameyang's reaction 😦The latest Arsenal news 👇https://t.co/9SsE8rzzcE
— Arsenal FC News (@ArsenalFC_fl) February 29, 2020
Beberapa pasukan ketika ini boleh memberikan ancaman kepada Arsenal daripada layak ke Europa, seperti Sheffield United, Wolves dan juga Everton.
Arsenal kini di kedudukan tangga ke-9 Liga Perdana Inggeris selepas 27 perlawanan.
Mereka dibezakan tujuh mata daripada Chelsea di tangga keempat dan 4 mata daripada Man United di tangga kelima.
Situasi sekarang, Arsenal di luar Liga Europa. 4 teratas akan layak ke UCL musim hadapan. Namun jika Man City gagal dalam rayuan mereka di CAS, tempat kelima akan mara.
Hal ini kerana berdasarkan kedudukan semasa, Man City nampak tiada masalah menamatkan saingan di empat teratas.
Misi utama Mikel Arteta adalah mengembalikan semula Arsenal ke pentas tertinggi di Eropah.
Mereka kini baru sahaja tersingkir dari Europa League. Jadi, mereka boleh fokus sepenuhnya dalam saingan EPL.