Pengurus Arsenal, Mikel Arteta bengang selepas satu lagi keputusan kontroversi VAR memainkan peranan penting dalam kekalahan 2-0 pasukannya di laman sendiri kepada West Ham United semalam yang bermakna mereka terlepas untuk kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris.
West Ham mendahului perlawanan selepas 13 minit apabila Tomas Soucek menjaringkan gol selepas tindakan rebound daripada Jarrod Bowen. Di mana bola didakwa sudah terkeluar daripada permainan.
Pemeriksaan VAR mengambil masa hampir lima minit untuk diselesaikan kerana kedudukan Bowen menghalang sudut kamera utama dan bermakna keputusan di atas padang bahawa bola itu dikekalkan kerana VAR tidak dapat mengesahkan bola itu sudah terkeluar.
Arteta membidas VAR sebagai memalukan. Kerana macamana teknologi secanggih itu masih gagal membantu pengadil membuat keputusan.
“Ianya adalah memalukan bahawa dengan teknologi yang kita ada, namun kita masih tidak begitu jelas untuk kita boleh mengatakan sama ada, YA! bola itu sudah keluar atau masih di dalam permainan,” kata Arteta yang kecewa kepada pemberita.
Pengurus Sepanyol itu telah beberapa kali berselisih dengan badan pengadilan bola sepak Inggeris (PGMOL) musim ini berikutan kecaman mengenai keputusan VAR.
🚨 NEW YOUTUBE VIDEO 🚨
'A shame with technology we have we can’t say IF IT’S CLEAR!' | Mikel Arteta | Arsenal 0-2 West Ham
👉 https://t.co/v7T7EGcZCJ pic.twitter.com/hQaVddyCEt
— BeanymanSports (@BeanymanSports) December 28, 2023
Awal bulan ini, dia terlepas daripada hukuman oleh FA selepas melabelkan keputusan untuk tidak membatalkan jaringan Anthony Gordon dalam kekalahan 1-0 di Newcastle United pada 4 November sebagai memalukan dan menjijikkan selepas gol itu kekal berikutan tiga pemeriksaan VAR.
Pengurus West Ham David Moyes berkata dia belum melihat semua ulangan lagi tetapi mengakui dia benar benar cemas ketika VAR mengambil masa yang lama untuk memeriksa gol itu. Kerana dia menjangkakan gol itu mungkin akan dibatalkan. Dan ia pasti akan memberikan kesan berbeza kepada pasukannya.
Pengurus asal Scotland itu menambah bahawa pasukannya “bertahan dengan hebat” untuk memastikan kemenangan penting mereka selepas Konstantinos Mavropanos menambah gol kedua pada minit ke-55 menerusi tandukan yang padu.
Berkenaan dengan kontrak baharunya di West Ham, Moyes masih santa santai sahaja memikirkannya.
“Terdapat banyak masa untuk bercakap mengenai perkara itu,” katanya, sambil menambah bahawa semua pihak gembira dengan trajektori West Ham pada ketika ini,
“Kami boleh melakukannya apabila kami bersedia. Saya menikmati masa saya,” tegas bekas pengurus Man United itu lagi yang menyaksikan pasukannya naik ke tanggan keenam dalam carta Liga Perdana Inggeris.