Arteta Arah Aubameyang Berlatih Sorang Sorang Bukannya Bersama Pasukan

Pierre-Emerick Aubameyang terus disisihkan daripada pasukan. Ini selepas pemain itu dilucutkan jawatan kapten pada minggu lal

Ianya gara gara Aubameyang terlibat dalam perlanggaran disiplin yang terbaru. Di mana pemain itu lewat tiba di kompleks pasukan selepas diberikan pelepasan khas oleh kelab.

Sebelum ini Aubameyang pernah terlewat tiba ke taklimat pasukan sebelum aksi berdepan Spurs. Yang turut membuatkannya disisihkan daripada tugasan derbi Utara London.

Aubameyang tidak beraksi ketika kemenangan Arsenal ke atas Southampton dan juga West Ham.

Menurut Arteta, kesemua pemain Arsenal tertakluk kepada peraturan yang sudah difahami dan dipersetujui bersama, terutama sekali apabila anda adalah ketua pasukan.

Terbaru, Pierre Emerick Aubameyang akan berlatih sendiri sehinggalah beliau menyertai Piala Afrika pada Januari nanti.

Mikel Arteta mengesahkan bahawa Aubameyang tidak akan terlibat dalam aksi berdepan dengan Leeds pada Sabtu dalam usaha Arsenal terus mengukuhkan kedudukan di 4 teratas dalam carta Liga Perdana Inggeris.

Sumber Telegraph menjangkakan bahawa Aubameyang mungkin tidak akan beraksi lagi untuk Arsenal – jika keadaan ini berterusan.

Dan statusnya bersama pasukan utama Arsenal akan ditentukan selepas Piala Afrika yang berlangsung pada 9 Januari sehingga 6 Februari.

Setakat ini Aubameyang masih komited untuk Arsenal dan tidak pernah menyatakan beliau tidak mahu berlaku.

Tetapi buat masa ini Arsenal mengarahkan Aubameyang berlatih bersendirian dengan beberapa staf akan membantunya di Colney.

Ini untuk memastikan Aubameyang dapat mengekalkan tahap kecergasannya.

Arsenal juga tidak keberatan untuk membenarkan Aubameyang untuk berlepas awal ke Gabon bagi persedian Piala Afrika. Kerana dia sudah tidak ada dalam senarai pemain yang akan terus bertugas untuk Arsenal.

Prestasi Aubameyang dalam Piala Afrika juga sangat penting untuk pemain itu untuk menarik minat kelab kelab lain. Kerana Aubameyang sedar bahawa masa depannya di Arsenal, di bawah kendalian Arteta, sudah malap.

Ketika ini, gergasi Sepanyol iaitu Barcelona dikatakan berminat mahu membawa masuk pemain itu secara pinjaman pada Januari akan datang. Ini selepas Sergio Aguero mengumumkan persaraannya baru baru ini.

Barcelona sedang mencari pemain no.9. Selain Aubameyang, Xavi turut dikatakan berminat dengan Edinson Cavani serta Alexis Sanchez.

Arsenal sedang mencari pembeli ataupun kelab yang mahu meminjamkan Aubameyang terutama sekali kelab di luar England.

Aubameyang merupakan pemain yang menerima gaji tertinggi di Arsenal dengan GBP350k seminggu selepas memuktamadkan kontrak baharunya tahun lalu.

Arteta dalam sidang media sebelum perlawanan menentang Leeds enggan mengulas situasi Aubameyang yang dikatakan bakal dilepaskan pada Januari, dan hanya menyatakan bahawa pemain itu tidak tersenarai dalam pasukan sekali lagi.

Arteta sudah memutuskan bahawa kapten Arsenal ketika ini adalah dari kalangan kumpulan yang digelar kumpulan pemimpin terdiri daripada Alexandre Lacazette, Rob Holding, Granit Xhaka dan Kieran Tierney.

Arteta tidak menolak kemungkinan bahawa beliau akan mengekalkan sistem itu sehingga tamat musim ini dan hanya akan memilih kapten sepenuh masa pada musim hadapan.

Selain Kieran Tierney, Martin Odegaard juga antara nama pemain baharu yang berada dalam senarai calon untuk kapten tetap pasukan.

Aubameyang merupakan pemain penting Arsenal dalam beberapa musim ini. Namun sejak musim lalu, prestasinya merosot. Ataupun lebih tepat, sejak selepas dia mendapat gaji besar sebaik sahaja menandatangani kontrak baharu.

Sebelum ini Aubameyang turut beberapa kali terlibat masalah disiplin, tidak kira ketika bersama Arsenal mahupun kelab lamanya.

Di Borussia Dortmund, Auba pernah lewat tiba di kem pasukan hanya kerana dia pergi berpesta pora di Itali, di bandar Milan bersama rakan rakannya.