Arteta: ‘Arsenal Masih Berpeluang Juara’

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta tidak mahu menyerah kalah dalam persaingan kejuaraan EPL selepas pasukannya menelan kekalahan 4-1 di Etihad.

2 gol daripada Kevin de Bruyne dan masing masing 1 gol lagi menerusi Erling Haaland serta John Stones, membuatkan kelebihan dalam persaingan kini milik City.

Kegagalan Arsenal mencatatkan sebarang kemenangan dalam 4 perlawanan terakhir ternyata memberikan impak yang sangat besar kepada kempen mereka pada bulan bulan terkahir musim ini.

Pada satu ketika Arsenal menduduki tangga teratas dengan kelebihan lapan mata berbanding Man City.

Dan kini mereka cuma ada kelebihan dua mata sahaja.

Namun situasi ini memberikan kelebihan kepada Manchester City kerana pasukan bimbingan Pep Guardiola itu memiliki dua lagi baki perlawanan di dalam tangan berbanding dengan Arsenal.

Jika Manchester City memenangi kedua-dua perlawanan yang mereka atau itu pasukan tersebut akan berada empat mata di atas Arsenal dengan jumlah perlawanan yang sama.

Dan jika City seri dua perlawanan tersebut maka kedua-dua pasukan terikat dari segi mata namun Manchester City memiliki kelebihan perbezaan jaringan yang sangat besar.

Selepas tamat perlawanan, Mikel Arteta mengulangi pendiriannya bahawa perlawanan ini tidak menentukan apa apa. Dia turut bertekad bahawa Arsenal masih akan cuba memenangi EPL musim ini.

Arteta percaya pasukannya masih ada peluang untuk muncul juara.

Pengurus asal Sepanyol itu berkata: “Jika dilihat pada awal musim, pakar [pundit] meramalkan pasukan ini  akan berada di kedudukan 6 atau 7.”

“Namun pada hari ini, lihatlah di mana kita berada. Jadi jangan pernah anggap kami sudah terkeluar daripada persaingan.”

“Masih berbaki lima perlawanan lagi. Saya sudah berada di sini 22 tahun dan banyak yang telah berubah.”

“Mereka pasukan yang luar biasa. Dan kita pasukan pasukan yang luar biasa.”

Ditanya sama ada anak anak buahnya ada rasa gentar atau takut dalam perlawanan ini, Arteta tidak merasakan begitu.

“Saya tak rasa mereka takut, tetapi cara kami memulakan perlawanan, kami meletakkan diri kami sendiri di dalam masalah dalam banyak situasi.”

“Apabila keadaan itu berlaku maka kami gagal untuk mendapatkan rentak permainan yang kami mahukan.”

“Pasukan lebih baik menang pada hari ini. Mereka kemungkinan pasukan terbaik dalam bola sepak pada separuh masa pertama. Kami pula tidak berada pada prestasi kami sepatutnya.”

“Dari segi asasnya, kami tidak melakukannya dengan betul.”

Arteta menyatakan bahawa pasukannya harus kembali ke landasan kemenangan. Kerana mereka sudah 4 perlawanan berturut-turut.

Mereka akan menentang Chelsea selepas ini.