Arteta: Ben White Dan Zinchenko Kongsi Bini

Pengurus Arsenal ditanya tentang situasi melibatkan Ben White dan Oleksandr Zinchenko. Selepas dua pemain itu sebelum ini bergaduh.

Pergaduhan antara mereka tercetus ketika ketika aksi menentang Nottingham Forest. Di mana Arsenal menang 2-1 dalam perlawanan tersebut.

Kedua dua pemain terpaksa dileraikan oleh Mikel Arteta dan staf kejurulatihannya, serta beberapa pemain.

Ketegangan itu berlaku selepas Ben White menyalahkan Zinchenko sebagai punca kenapa mereka bolos.

Arteta selepas tamat perlawanan tersebut berkata: “Mereka telah mendesak antara satu sama lain [agar lebih baik], dan tidak gembira kerana melepaskan bolos. Dan saya galakkannya, dengan cara yang betul dan penuh hormat.

“Kadangkala selepas perlawanan, emosi menjadi tegang, namun saya suka pemain pemain yang mendesak antara satu sama lain dam menuntut aksi cemerlang.”

Peminat Arsenal sendiri ada yang kurang setuju dengan tindakan Ben White. Kerana menurut mereka White hanya menjadikan Zinchenko sebagai sasaran mudah untuk dia kecam.

Kerana gol tersebut juga berlaku kerana dua bek tengah mereka gagal mengeluarkan bola daripada situasi itu.

Namun ada juga yang bergurau menyatakan bahawa kedua dua pemain sentiasa tolak menolak sesama mereka sama ada ketika clean sheet atau ketika melepaskan bolos.

Dalam sidang media semalam, wartawan mahu tahu sama ada kedua dua pemain sudah berbaik dan adakah Arteta sudah menyelesaikan konflik tegang di antara kedua dua pemain itu.

Hal ini kerana keretakan hubungan antara pemain utama tersebut mungkin akan menganggu prestasi kedua dua pemain dan kemudian pasukan.

Arteta kemudian menjelaskan bahawa, kedua dua pemain sudah berdamai. Malah sudah tinggal bersama sepanjang minggu ini.

Mereka menjadi semakin rapat. Dan berkongsi segalanya termasuk isteri, kata Arteta sambil berseloroh.

Arteta berkata: “Ya mereka duduk bersama dalam satu rumah dalam beberapa hari ini. Dan berkongsi isteri dan segalanya.

“Perkara sudah ok, mereka tinggal bersama sama sekarang ini. Mereka kawan baik. Kamu tak akan berbalah dengan seseorang itu, jika kamu tidak rapat dengan mereka.

“Itu berlaku kerana kamu percaya dan serasi, kemudian seorang memberikan reaksi dengan cara yang mereka lakukan.

Komen Arteta itu menarik reaksi netizen. Ramai yang mengusik kedua dua pemain itu dengan meme.

Arsenal kini kembali kepada prestasi cemerlang mereka. Setelah bergelut dengan prestasi mereka pada penghujung 2023 yang lalu.

Seterusnya mereka akan menentang Liverpool pada Ahad di Emirates. Dengan Arsenal berpeluang merapatkan jurang mata dengan pendahulu liga tersebut jika menang.

Minggu lalu Arteta turut menjawab persoalan tentang masa depannya yang dikaitkan dengan jawatan di Barcelona.

Menurut Arteta, itu cuma berita palsu tak berasas. Dia ketika ini masih fokus sepenuhnya kepada Arsenal.

Sejak menyertai Arsenal, Arteta telah berkembang pesat menjadi salah seorang pengurus dan tactician elit di eropah. Dia membentuk pasukan yang sangat digeruni.

Musim lalu Arsenal berjaya menyaingi Man City sehingga ke minggu minggu terakhir perebutan Liga Perdana Inggeris.

Mereka sekali lagi menjadi pesaing untuk kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Arteta beberapa tahun lalu selalu meminta peminat peminat Arsenal mempercayai proses yang sedang berlaku di Arsenal. Dan perlahan lahan dia membuktikan bahawa proses itu benar benar membuahkan hasil.

Nama nama pemain seperti Saka, Odegaard dan Saliba antara mereka yang meningkat naik menjadi bakat berkelas dunia.

Kemasukan Declan Rice musim ini menguatkan lagi pasukan Arsenal pada musim ini.

Baca yang lain

Faisal Halim Melecur Tahap 4

Faisal Halim dilaporkan mengalami kecederaan melecur yang serius pada tahap 4. Sebelum ini Faisal Halim berdepan detik ngeri apabila disimbah dengan asid

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah