Mikel Arteta mengesahkan bahawa beliau membuka peluang kepada Mesut Ozil untuk kembali semula ke dalam pasukan utama Arsenal.
Ozil sebelum ini disisihkan daripada skuad utama Arteta dalam kesemua pertandingan.
Kontrak semasa Ozil akan tamat pada akhir musim ini. Ozil enggan meninggalkan Arsenal pada Januari dan berikrar akan terus kekal sehingga hari terakhir kontraknya.
Ozil boleh kembali
Arteta akan cuba mempetimbangkan untuk mendaftarkan Ozil dalam pasukan untuk pendaftaran pemain sempena jendela perpindahan pertengahan musim.
Walaubagaimanapun, pengurus asal Sepanyol itu tidak memberikan jaminan bahawa Ozil akan didaftarkan ke dalam pasukan. Ozil perlu melepasi beberapa kriteria khas yang beliau tetapkan.
Beliau akan menilai Mesut Ozil dan akan membuat keputusan pada 1 Februari ini – hari terakhir pendaftaran pemain.
Arteta berkata: “Kita akan tengok apa akan berlaku pada jendela kali ini. Kita akan buat keputusan pada hari terakhir.”
Sokratis Papastathopoulos antara pemain yang kontraknya hampir tamat dengan Arsenal. Juga disisihkan daripada skuad utama Arsenal.
“Kamu kena hormati kontrak pemain. Apa yang kamu boleh lakukan, macam saya kata sebelum ini, iaitu cuba membuka peluang kepada mereka dan tujuan kamu.”
“Cuba beritahu mereka peranan mereka di dalam pasukan. Mereka berhak membuat keputusan dalam hidup mereka, kerana mereka ada kontrak di sini.”
“Ada pemian mahu berpindah kerana tak bermain, ada pula yang mahu terus kekal. Rumusannya, itu adalah bukan keputusan yang pihak kita boleh tentukan seorang diri.”
Rakan baik Ozil, Sead Kolasinac sah pergi secara pinjaman ke Schalke 04 – kelab lama beliau sebelum ini.
Mesut Ozil has continued to demonstrate quality in training, with one source saying he is one of the best performers. [@SamJDean] https://t.co/VdtvXUGVtm
— LTArsenal™ (@ltarsenal) January 2, 2021
Harap Ozil lepas kriteria yang ditetapkan dan mungkin Arsenal menggunakan khidmat Elya untuk memberitahu Ozil untung rugi Ozil dalam keputusannya.
Krisis Ozil vs Arsenal
Arsenal sebelum ini cuba menjual ataupun meminjamkan Ozil keluar, namun isu gaji terlalu tinggi membuatkan tiada pasukan yang sanggup membayarnya.
Mesut Ozil pula enggan untuk menerima pemotongan gaji di tempat lain. Bahkan Ozil antara salah seorang daripada beberapa pemain Arsenal yang enggan menerima pemotongan gaji oleh kelab ketika krisis kesihatan dunia.
Alasan Ozil adalah dia tidak jelas ke mana wang itu akan pergi.
Walaupun banyak tekanan dihadapinya di Arsenal, Mesut Ozil memutuskan untuk terus kekal dan mencabar tempatnya dalam pasukan Arsenal.
Tetapi Arsenal membuat kejutan apabila sanggup membiarkan pemain bergaji tertinggi dengan £350k seminggu itu tidak didaftarkan.
Alasannya kerana Arteta menyatakan Ozil tidak cukup meyakinkannya. Arteta tidak mahu peminat menyalahkan pemilik kelab. Kerana menurutnya, keputusan itu adalah di tangannya.
Bagi peminat Arsenal itu bukan alasan yang boleh diterima. Kerana Arsenal jelas bergelut dengan kreativiti.
Arsenal mendapat kritikan ramai pihak di atas layanan mereka ke atas Ozil. Peminat merasakan ianya agak keterlaluan kerana Ozil adalah pemain senior dalam skuad Arsenal.
Very bad decision, surprised that the club has no morals and doesn't want him to play anymore despite him helping us win three fa Cup's and also finishing 2nd in 2016. Better hope that none of our midfield test positive.
— Roland Shaw (@shawsroland) October 7, 2020
Sebelum ini ejen kepada Mesut Ozil menyelar layanan Arteta kepada Ozil yang menurutnya sebagai menindas dan kejam.
Dr Erkut Sogut [ejen Ozi] menegaskan bahawa peminat Arsenal perlukan penjelasan sebenar. Erkut berkata:
“Peminat Arsenal berhak mendapat penjelasan yang jujur, bukan [Arteta] yang mengatakan ‘Saya gagal dekat Ozil.’ Anda tidak gagal pada Ozil: anda gagal bersikap adil, jujur dan telus dan memperlakukan seseorang yang dengan hormat yang mempunyai kontrak dan setia sepanjang masa”
Ozil menyertai Arsenal pada 2013 dengan rekod perpindahan kelab ketika itu £42.5 juta. Ozil menikmati karier yang terus indah di England di bawah kendalian Wenger. Namun sekarang Ozil hanyalah pemain yang digantung tak bertali oleh Arsenal.
Pemain dengan gaji tertinggi kelab itu tidak didaftarkan dalam pasukan utama untuk dua pertandingan utama Arsenal sertai iaitu Liga Perdana Inggeris dan juga Liga Europa.
Arteta baru baru ini menyatakan beliau akan terus memberikan Ozil peluang sama seperti pemain lain. Pada masa yang sama Arteta mempertahankan tindakannya dengan menyatakan dia menyisihkan Ozil atas alasan bola sepak.
Arteta membidas kenyataan beberapa pihak yang menuduh pemilik kelab sebagai mempengaruhi Arteta.
Arteta menegaskan keputusan tentang Ozil adalah darinya, dan dia bertanggungjawab di atasnya.
“Apa yang dapat saya katakan adalah bahawa saya telah mencuba yang terbaik, saya berusaha memberinya peluang sebanyak mungkin.”
“Dan dari pihak saya sendiri, saya telah bersabar, memberinya peluang dan bersikap adil.”
“Dia pemain milik kelab bola sepak ini, dia telah menjadi pemain yang sangat penting dalam beberapa musim terakhir.”
“Saya harus menghormatinya, saya di sini untuk membuat keputusan, keputusan terbaik untuk pasukan dan kelab, “kata Arteta kepada Sky Sports minggu ini.
🗣️ Mikel Arteta reacts to the Mesut Ozil situation:
🤔 "I've been patient, given him opportunities and been fair" pic.twitter.com/q6uICYwnyR
— The Arsenal Review (@thearsreview) October 31, 2020
Arteta sebelum ini menyatakan Mesut Ozil tidak memuaskan hatinya dari segi kualitinya di pusat latihan. Dan membuatkannya terpaksa menyisihkan Ozil.
Arteta turut merasa sedih kerana menganggap dirinya gagal menjadi jurulatih yang bagus berdasarkan situasi semasa Ozil.
Dengan kenyataan terbaru Arteta ini, adakah Mesut Ozil akan kembali semula untuk berkhidmat pada bulan bulan terkahir untuk Arsenal?