Arteta Harus Lega Pulang Dengan 1 Mata Dari Vitality

Arsenal memulakan era baharu mereka di bawah Mikel Arteta.

Dari segi line up, Arteta memutuskan untuk menggandingkan Aubameyang dan Lacazette dalam satu pasukan.

Arsenal  bermain dalam sistem 4-2-3-1 dalam perlawanan ini.

Arsenal bermain dengan sistem binaan serangan dari bawah. Benda ni sejak Unai Emery gunakan sistem yang sama di mana penjaga gol menjadi pencetus permulaan serangan.

Namun Arteta jelas mahukan pasukan Arsenal yang lebih vertikal dalam hantaran berbanding dengan ke tepi dan ke belakang.

Masalah utama Arsenal sejak daripada musim lepas lagi adalah binaan serangan. Kalau korang pernah dengar ulasan aku pasal Arsenal ni, korang akan tahu benda ni aku dah gariskan dari dulu.

Gol Bournemouth itu sebenarnya berpunca daripada kegagalan mereka untuk decisive dalam binaan serangan dari bawah.

Mereka tak semulajadi dan nampak terlalu memaksa dan mengawal diri. Beza dengan sistem Liverpool atau Man City para pemain mereka akan lebih semulajadi ketika binaan serangan dan tahu bila masa mereka untuk keluarkan bola dengan long ball.

Dari segi pressing Arsenal masih lagi lemah untuk high line pressing. Sekali lagi Ozil, Aubameyang dan Lacazette kalau berganding tidak berjaya membentuk first line pressing yang kuat di hadapan.

Namun ada improvisasi pada separuh masa kedua. Itu yang pasti. Lacazette banyak drop deep ketika bertahan.

Seterusnya meletakkan Aubameyang di tepi akan mengurangkan impak beliau. Aubameyang ni semakin dengan dengan kotak penalti, semakin dia bahaya.

Arteta cuba untuk memastikan Aubameyang dan Lacazette berada di dalam padang kerana mereka berdua adalah pemain yang berkualiti.

Lihat sahaja Aubameyang ketika menghasilkan gol penyamaan dalam perlawanan ini. Beliau sentiasa memiliki teknik dan poaching yang sangat klinikal apabila berada di zon pemain no.9.

Beliau melakukan satu tap in yang sangat cantik dan jahat membolosi gawang pasukan lawan.

Arsenal kemudian bergelut lagi dengan isu ciptaan peluang. Mereka tidak banyak mencipta peluang dalam perlawanan ini.

Bournemouth jelas berjaya mempasrahkan Arsenal dengan disiplin bertahan mereka.

Arsenal bukan pasukan yang bermasalah denga  shot, kerana mereka sentiasa ada pemain yang kerap melakukan shot. Namun kualiti shot mereka kerap menjadi isu. Misalnya hari ini, 17 shot, hanya 2 on target.

Dalam pada masa yang sama, Arsenal tidak cukup laju ketika menggerakkan bola ataupun melakukan permainan kombinasi.

Lacazette kurang klinikal pada hari ini. Tidak pasti berapa banyak peluang yang beliau perlukan untuk skor.

Reiss Nelson dan Bukayo Saka tidak menunjukkan kualiti sebagai pemain utama pada hari ini. Semangat tu ada dah si Saka tu, tapi tu la. Semangat saja mana cukup.

Rumusan

Keputusan seri ini rasanya boleh dilegakan oleh Arteta. Ianya hard fought 1 point mereka nak bawa pulang.

Bukan keputusan yang baik. Tetapi ia lebih baik daripada kalah. Still 2 mata hilang berbanding dapat 1 mata.

Namun ini masih perlawanan pertama. Nak komen lebih sangat pun tak boleh kan.

Ada sedikit eksperimentasi itu memang biasalah dalam perlawanan pertama.

Arsenal terus bergelut dengan aksi di tempat lawan. Ia satu perkara yang harus diperbaiki oleh mereka.

Arteta jelas tak akan ada malam yang lena kali ini kerana memikirkan banyak post mortem untuk pasukan ini.

Baca yang lain