Pep Guardiola juga mengisytiharkan perang ke atas Arteta dan Arsenal. Sebelum ini kedua-dua pasukan seri 2-2 di Stadium Etihad Ahad lalu, dengan perlawanan penuh dengan detik-detik kontroversi.
Taktik Arsenal berada di bawah pemerhatian ramai pihak, dengan The Gunners dikritik oleh sesetengah pihak kerana pendekatan mereka selepas mereka diturunkan kepada 10 pemain selepas Leandro Trossard dibuang padang.
Pemain tengah City Bernardo Silva mendakwa selepas perlawanan itu hanya satu pasukan yang datang ke Stadium Etihad untuk bermain bola sepak, walaupun City tewas 2-1 kepada Gunners pada separuh masa.
Guardiola turut mempersoalkan kenyataan Arteta yang sebelum ini pernah menyatakan dia sudah kenal sangat dengan Manchester City kerana pernah berada di sana. Di mana Arteta menjelaskan: “Saya berada di sana selama empat tahun – saya mempunyai semua maklumat. Jadi saya tahu. Percayalah.”
Guardiola tidak berpuas hati dengan Arteta dan berkata: “Dia kata dia tahu sesuatu tentang Man City. Lain kali Mikel harus bercakap dengan lebih jelas apa yang dia cuba maksudkan. Mikel cakap dia berada di sini selama 4 tahun. Dan kami pun tahu apa yang sebenarnya berlaku di sini. Sebab sekarang ini semua kenyataan itu boleh dikaitkan dengan proses membabitkan 155 pertuduhan [sebenarnya 115 je], mungkin tentang perkara itu. Dia nampaknya ada informasi tentang perkara tersebut.
“Lain kali, macam perhubungan yang baik antara saya dengan dia, harapan saya soalan ini ada jawapan yang jelas.”
🚨 Pep Guardiola on Arteta’s stating he “knows things” about City: “Next time he has to be more clear exactly what does it mean!”.
“Mikel said he was here four years and we know exactly what happened here, because it can be related in all the process now with 155 charges, maybe… pic.twitter.com/7PlfHafRoo
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) September 27, 2024
Apabila diminta menjawab komen tersebut dalam sidang akhbar pra perlawanan menentang Leicester pada hari Jumaat, Arteta berkata: “Tiada komen. Saya pernah ke sana sebelum ini.
Selepas Arsenal mengalahkan Leicester 4-2 di Stadium Emirates, dengan Arteta sekali lagi menawarkan diri untuk membalas kenyataan Pep Guardiola. Dia menyatakan kenyataan sebelum ini langsung tiada kaitan dengan isu 115 pertuduhan.
Dan dia berkata: “Apabila saya katakan saya tahu tentang Man City, saya maksudkan saya tahu betapa gigihnya mereka bekerja. Inilah yang saya maksudkan.
“Saya boleh mengulanginya dengan sangat jelas – saya suka Pep, saya mengagumi Pep, saya sangat menghormatinya di atas semua yang dia lakukan untuk saya. Saya menganggapnya sebagai kawan.”