Arteta Kecewa Arsenal Gagal Bunuh Perlawanan Sekali Lagi Selepas Mendahului 2 Gol

Arsenal sebelum ini keciciran mata di Anfield selepas mendahulu 2 gol. Hampir sama seperti di Anfield mereka melepaskan 1 bolos sebelum rehat dan kemudian diikat pada separuh masa kedua.

Selepas tamat perlawanan, Mikel Arteta mempersoalkan tindakan pemain pemainnya yang tidak membunuh perlawanan ketika perlu.

Menurutnya, apabila itu yang berlaku, maka Arsenal akan membenarkan lawan mereka bangkit.

Arsenal sebenarnya memiliki peluang untuk menjadikan kedudukan 3-1 pada awa separuh masa kedua, namun penalti Bukayo Saka pula tak masuk.

Selepas tamat perlawanan, Arteta berkata: “Keputusannya sangat mengecewakan, begitu juga dengan persembahan, terutama selepas 30 atau 35 minit pertama.”

“Kami memulakan permainan dengan sangat baik, menguasainya dengan tujuan sebenar, menjaringkan dua gol cantik. Selepas itu kami membuat kesilapan besar, hanya untuk berfikir kami boleh bermain-main dengan mereka.”

“Kami tidak mempunyai tujuan yang sama untuk menyerang gawang lawan, dan melindungi keputusan itu dengan memiliki bola. Kami memberikan mereka harapan – bukannya membunuh mereka pada masa ini, kami memberi mereka harapan.”

“Mereka menyedari bahawa ada peluang dan mereka mula bermain secara langsung.”

“Kami tidak dapat mengendalikan permainan itu. Selepas itu, jelas sekali apabila anda berfikir tentang dua gol seperti yang telah kami lakukan, maka di hujung padang yang lain anda perlu melakukan perkara yang lebih baik.”

“Ini adalah satu lagi titik perubahan – pada 2-1 [jika] anda menjaringkan penalti itu 3-1, dua minit kemudian 2-2.”

“Ini sebahagian daripada bola sepak – bagi saya perkara utama ialah bagaimana kami bertindak selepas [mendahului] 2-0.”

Keputusan seri itu menyaksikan Arsenal melebarkan pendahuluan di puncak liga kepada empat mata – dan telah bermain lebih banyak perlawanan daripada Manchester City.

Selepas ini, Southampton melawat Stadium Emirates pada hari Jumaat dan Arteta mahu melihat pasukannya mengambil pengajaran daripada apa yang mereka lalui di timur London dalam perlawanan semalam.

“Inilah yang kita perlukan sekarang,” kata Mikel.

“Jangan ambil mudah – kami perlu layak memenangi perlawanan dalam liga ini. Hari ini kami bermain dengan sangat baik selama 35 minit tetapi ia tidak mencukupi.”