Arteta Kritik Kualiti Bola Punca Arsenal Gagal Dapat Gol Dan Kalah Walaupun Melakukan 23 Percubaan

Pengurus pasukan Arsenal, Mikel Arteta mengkritik kualiti bola yang digunakan pada Piala Carabao musim ini.

Menurut Arteta, bola Puma yang digunakan dalam aksi Piala Carabao adalah berbeza dengan kualiti bola Nike yang digunakan dalam Liga Perdana Inggeris.

Arsenal menelan kekalahan pada pusingan pertama separuh akhir Piala Carabao menentang Newcastle. Di mana The Gunners tunduk 0-2 di tangan pelawat.

Masih ada satu lagi aksi timbal balik, di mana Arteta yakin pasukannya akan bangkit dan mara ke final.

Bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan, Mikel Arteta kecewa melihat bola yang digunakan telah menjadi punca Arsenl gagal mendapat sebarang gol walaupun melakukan 23 percubaan dalam perlawanan ini.

Arteta menyedari bahawa banyak percubaan pemainnya melambung tinggi melepasi palang gol.

Arteta berkata: “Saya rasa kami banyak menyepak bola melepasi atas palang dan sukar untuk menggunakan bola ini yang kuat melambung tinggi. Kami ada membincangkannya juga, jadi sudah ada butiran yang boleh kami gunakan untuk memastikan kami lebih baik selepas ini.

“Ia memang berbeza, ia sangat berbeza dengan bola Liga Perdana Inggeris, dan anda perlu menyesuaikan diri dengan itu kerana ia melambung dalam keadaan berbeza. Apabila anda menyentuhnya, cengkaman bola itu juga sangat berbeza, jadi anda perlu menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut.”

Mungkin Mikel Arteta baru perasan tentang bola ini berbeza dengan bola EPL. Kerana sebelum ini Arsenal tidak ada masalah menggunakan bola ini dalam aksi Piala Carabao. Sebelum aksi separuh akhir ini, Arsenal menjadi antara pasukan paling efisien dengan bola ini.

Mereka mencetak 11 gol secara terkumpul ke atas 3 lawan mereka di pusingan awal dan suku akhir iaitu Bolton, Preston dan Crystal Palace – dengan menggunakan bola yang sama.

Arteta bagaimanapun akur bahawa pasukannya telah kalah dalam perlawanan kali ini. Apa yang boleh mereka lakukan adalah untuk mempersiapkan diri untuk aksi seterusnya.

Newcastle kini berpeluang untuk mara ke Wembley, dengan agregat 2-0 daripada aksi pertama mereka menentang Arsenal. Aksi timbal balik adalah di St James’ Park.

Dalam aksi di Emirates awal pagi tadi waktu Malaysia, Alexander Isak dan Anthony Gordon menjaringkan 2 gol untuk pelawat, memastikan Newcastle membawa bekalan dua gol untuk aksi kedua nanti.

Kini Arsenal bergantung kepada aksi kedua mereka untuk bangkit daripada ketinggalan defisit 2 gol agregat. Sesuatu yang Arteta benar benar optimis boleh lakukannya.

“Kami boleh lebih baik lagi dalam membuat keputusan. Kami memiliki peluang 1 lawan 1 dengan penjaga gol. Dan dalam separuh akhir, kamu harus tajam di hadapan gol.

“Kami patut kecewa kerana ini adalah satu lagi keputusan yang kami tak mahukan, namun itulah hakikatnya. Saya percaya sepenuhnya, saya telah melihat pasukan saya bermain menentang mereka, saya percaya kami boleh melakukannya [bangkit pada second leg],” tutup pengurus Asal Sepanyol itu.

Arteta turut menggariskan perlawanan ini bukti ketara behawa perbezaan kualiti penyudah kedua dua pasukan di hadapan gol. Walaupun Arsenal lebih dominan dan melakukan lebih banyak percubaan, namun mereka tumpul di hadapan gol.

“Perbezaan paling ketara adalah ketajaman di dalam perlawanan. Dalam aspek lain, kami adalah pasukan lebih baik. Namun mereka menjaringkan 2 gol dan kredit kepada mereka, dan kejayaan mereka memenangi perlawanan seperti ini.

“Setiap kali kami mempersia siakan peluang dan bolos, ianya sentuasa sukar, namun pasukan kami telah memberikan respon. Kami mencipta banyak situasi di dalam perlawanan.

“Namun benar, mereka [Newcastle] bertahan dengan sangat baik di dalam kotak pertahanan mereka,” tambah Mikel Arteta.