Arteta Kritik Pengadil Berikan Brighton Penalti Pelik

Mikel Arteta tidak berpuas hati dengan tindakan pengadil Anthony Taylor yang menghadiahkan Brighton sepakan penalti pada aksi kedua dua pasukan semalam.

Arteta melabel pengadil sebagai membuat keputusan yang pelik kerana dia tak pernah melihat pasukan diberikan penalti kerana kesalahan pemain cuba menanduk bola.

Pasukan tuan rumah diberikan penalti pada separuh masa kedua setelah William Saliba menanduk kepala Joao Pedro setelah dia ter’miss’ bola.

Pengadil menilai tindakan Saliba itu sebagai cabaran lewat dan memberikan penalti kepada tuan rumah. Joao Pedro sendiri menjaringkan penalti itu yang membuatkan Arsenal keciciran mata.

Keputusan ini membuatkan Arsenal mempersia siakan peluang untuk merapatkan jurang mata dengan Liverpool yang akan turun beraksi hari ini.

Bercakap kepada BBC selepas tamat perlawanan, pengurus Arsenal, Mikel Arteta berkata: “[Keputusan pengadil memberikan penalti adalah] pelik.

“Maksud saya, kami tak pernah tengok perkasa seperti itu sebelum ini. Saya tak pernah tengok keputusan pengadil seperti ini dalam karier saya. Jadi ini benda baru.

“Kami sangat kecewa dengan keputusan pengadil yang membawa kepada gol lawan. Sebab saya tak pernah tengok perkara seperti ini dalam hidup saya. Saliba juga menyentuh bola.”

Arteta kemudian menjelaskan bahawa pemainnya yang kerap kehilangan bola pada separuh masa kedua.

“Kami kehilangan terlalu banyak bola kepada lawan pada separuh masa kedua. Kami tak puas hati dengan penalti itu. Saya tak pernah tengok perkara seperti itu. Saliba ada menyentuh bola dan pada pandangan saya itu bukan penalti sama sekali,” kata Arteta lagi.

Arteta juga menjelaskan keputusannya untuk mengeluarkan Ethan Nwaneri. Menurut Arteta pemain itu mengalami kesakitan dan mengesyaki pemain itu mengalami kecederaan.

“Apa jenis kecederaan dia? Itu saya tak pasti, ianya mungkin berkaitan dengan otot dan kami terpaksa mengeluarkannya,” jelas Arteta juga.

Dalam aksi berdepan Brighton Arsenal bermula sangat baik dan mendahului menerusi pemain muda mereka Ethan Nwaneri.

Malangnya pada separuh masa kedua, Arsenal hilang rentak mereka dan memberikan penalti kepada lawan yang disudahkan Joao Pedro.