Arteta Laung Keyakinan Arsenal Mampu Ulangi Kemenangan Di Old Trafford: “Kalau Kecut Baik Duduh Rumah”

Mikel Arteta menegaskan pasukan Arsenal bimbingannya kali ini tidak tidak kurang kepercayaan ketika mereka membuat persiapan untuk perjalanan ke Old Trafford hujung minggu ini.

Arteta mengingatkan bahawa mereka pernah menang di tempat lawan ke Manchester United sebelum ini dan akan melakukannya lagi.

Tiada sebab mengapa The Gunners akan bergelut untuk mendapatkan keyakinan ketika mereka melangkah ke perlawanan itu sebagai satu-satunya pasukan Liga Perdana yang mempunyai rekod sempurna setakat ini.

Lima kemenangan daripada lima perlawanan menyaksikan pasukan Arteta menduduki tangga teratas, dengan United meningkat dengan pesat selepas permulaan yang teruk, tetapi enam mata di belakang Arsenal dengan berada di tangga kelima.

Selepas tiga kemenangan berturut-turut untuk Red Devils, lawatan ke Old Trafford mungkin kelihatan menakutkan bagi sesetengah pihak, tetapi Arteta berkata pemainnya tidak takut.

Sebahagiannya kerana prestasi terbaru mereka, tetapi juga hasil kemenangan mereka di Manchester United sebelum ini.

“Mereka cukup bagus untuk pergi ke atas padang dan memenangi perlawanan itu,’ kata Arteta mengenai pemainnya.

Arteta kemudian menggariskan, hanya pemberani sahaja yang boleh bersama sama berjuang dengan mereka. Jika ada mana mana pemain mereka yang rasa gerun dan kecut dengan atmosfera di Old Trafford, adalah lebih baik duduk di rumah sahaja.

“Saya fikir kami mempunyai kepercayaan bahawa itu boleh berlaku. Jika takut, lebih baik duduk di rumah sahaja.”

“Kami telah melalui perkara seperti itu apabila kami tidak menang di Stamford Bridge selama 20 tahun atau lebih, tetapi anda perlu percaya bahawa anda akan melakukannya. Jika anda boleh bermain seperti yang anda mahu bermain, anda akan memenangi perlawanan bola sepak.”

“Ia bukan sesuatu yang baru [menang di Old Trafford]. Kami telah melakukannya, kami perlu melakukannya sekali lagi dan kami harus percaya mulai hari ini, semalam dan sejurus selepas perlawanan bahawa kami mampu pergi ke sana dan bermain seperti yang kami mahukan dalam perlawanan itu.”

Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag sangat kagum dan memuji Arsenal setelah apa yang dilihatnya pada anak anak buah Arteta setakat ini.

“Saya telah melihat Arsenal,” kata pengurus asal Belanda itu.

“Mereka adalah lawan yang sukar, mereka telah bermula dengan sangat baik seperti yang kita semua tahu pada musim ini dan anda boleh lihat ada pasukan yang lama bersama, dengan seorang jurulatih yang membawa falsafahnya ke dalam pasukan. Jadi, ini adalah ujian yang bagus dan saya sangat teruja.”