Mikel Arteta terkejut melihat kelincahan pemain sukan sepak takraw. Wartawan Astron Arena menunjukkan Arteta rangkuman klip ringkas aksi daripada STL.
Sukan sepak takraw kian dikenali di peringkat global. Sukan yang didominasi oleh pasukan pasukan dari Asia Tenggara itu semakin mendapat tempat di negara lain termasuk di pelusuk Asia yang lain – selain Asia Tenggara – Eropah serta Amerika.
Lalu Adam mahu tahu pandangan Arteta tentang sukan tersebut. Dan pengurus Arsenal itu sangat kagum dengan kemampuan luar biasa atlet sepak takraw. Menurutnya untuk melakukan apa yang dilakukan pemain pemain STL dalam video tersebut memerlukan keupayaan dan teknikal sangat tinggi.
“Pertama sekali ianya keboleh atletik yang luar biasa [untuk] melakukan apa yang mereka lakukan, [dari segi teknik]. Ianya sukan yang hebat dan saya ingin mencubanya,” tegas pengendali Arsenal itu lagi.
Arteta menyatakan dia tidak mungkin akan dapat melenturkan atau meregangkan badan sehebat atlet STL tersebut, namun dia menyatakan dia mahu mencuba untuk bermain sukan sepak takraw.
“Saya benar benar ingin mencubanya,” tambah Arteta.
Adam kemudian mencadangkan, mungkin selepas ini Arsenal mengunjungi Malaysia untuk aksi pra musim. Dan Arteta setuju sambil berkata: “Saya akan pastikan saya main dulu permainan ini sebelum pemain saya.”
@astroarena Dari Meor punya servis, ke ‘first-ball’ Aidil Aiman dan Aekasit punya libasan, buat Mikel Arteta terkedu! Agak-agak kalau Mikel Arteta nak cuba main takraw, posisi apa yang sesuai? IniMilikKita SedekadSTL STL2024
Pada pandangan anda di manakah posisi terbaik untuk Arteta jika dia bermain sepak takraw? Feeder mungkin? Kerana Arteta terkenal dengan kreativiti dan kemampuan melakukan assist.