Arteta Mahu Boateng, Adakah Ini Pilihan Tepat?

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta dilaporkan berminat mahu mendapatkan pertahanan Bayern Munich, Jerome Boateng.

Sky Jerman menyatakan, Jerome Boateng mahu meninggalkan Bayern Munich pada Januari ini selepas gagal melakukannya pra musim  lalu.

Pertahanan berusia 31 tahun itu merupakan pemain yang boleh bermain di posisi bek tengah dan bek sisi.

Bayern sedia melepaskan Boateng dengan harga sekitar €15 juta ataupun £12.8 juta.

Arsenal dilaporkan sudah menghubungi pemain itu untuk membincangkan potensi membawa masuk Jerome Boateng ke Emirates.

Cuma masalahnya sekarang ini Bayern Munich agak pening mencari penggantik Boateng jika pemain itu dijual.

Hal ini kerapa pertahanan Lucas Hernandez berehat lebih panjang daripada yang dijangka, akibat kecederaan.

Boateng sudah membuat 300 penampilan bersama dengan Bayern. Beliau membantu Bayern menang 7 kejuaraan Bundesliga secara berturut-turut serta kejayaan menjulang Liga Juara-Juara Eropah 2013.

Namun dalam beberapa musim kebelakangan ini, beliau sukar untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama secara konsisten.

Sebelum ini Arsenal sangat mahukan Dayot Upamecano, namun buat masa ini RB Leipzig enggan menjual pemain tersebut.

Arsenal masih lagi berminat mendapatkan Upamecano. Dan jika Arsenal benar-benar mahukan pemain itu, Leipzig meletakkan tanda harga sekitar £58 juta.

Krisis kecederaan di barisan pertahanan membuatkan Arteta pening. Arsenal sebelum ini sudah menandatangani William Saliba, namun pemain itu dipinjamkan semula ke kelab lamanya di Perancis.

Arsenal jelas sekali mahu memandang serius pembentukan pertahanan yang mantap. Dalam analisis aku sebelum ni pun aku cakap Arteta membentuk pasukan dengan memulakan projek di barisan belakang.

Cuma persoalannya kini, adakah Jerome Boateng ini perancangan jangka panjang? Ataupun, adakah pemain ini masih memiliki kualiti terbaik di pertahanan?

Arsenal dalam beberapa musim ini telah menjadi pasukan yang boleh menjaringkan gol dalam setiap perlawanan, dan pada masa yang sama boleh bolos dalam setiap perlawanan.

Mujur mereka memiliki penjaga gol berkualiti seperti Bernd Leno. Korang bayangkan Arsenal musim ini sudah bolos 30 kali dan paling banyak di antara pasukan top 10 ketika ini.

Pattern ini jelas sekali merisaukan mereka. Selain daripada barisan bek tengah, mereka juga masih menunggu pemain seperti Kieran Tierney dan juga Hector Bellerin untuk kembali cergas.

Dua pemain tersebut masih disisihkan keranan kecederaan. Hanya bermain dalam beberapa perlawanan musim ini.

Selain daripada itu, Mikel Arteta mahu pemain seperti Aubameyang dan Granit Xhaka terus kekal bersama mereka.

Arteta sudah menyatakan pendiriannya bahawa, 2 pemain tersebut akan menjadi pemain penting di dalam projek beliau.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi