Arteta Mahukan Curtis Jones, Pemain Muda Yang Arif Tentang High Pressing Dan Counter-pressing

Satu berita yang mengejutkan bumi, di mana Arsenal menjadikan pemain tengah Liverpool, Curtis Jones sebagai sasaran perpindahan Mikel Arteta.

Arsenal dilaporkan sudah berhubung dengan Liverpool untuk membincangkan pembelian pemain tengah yang kini menjadi sasaran jangka panjang nombor satu mereka.

Arsenal mahu Jones menyertai mereka pada musim panas akan datang. Pemain berusia 22 tahun itu hanya memulakan enam perlawanan Liga Perdana Inggeris di bawah kendalian Jurgen Klopp musim ini dengan pemain itu kini mencari minit yang lebih konsisten.

Mikel Arteta dikatakan peminat tegar pemain tengah Liverpool itu dengan pengurus Arsenal itu memilih Curtis Jones sebagai pilihan tepat untuk posisi tengah kiri yang kini kerap dimainkan oleh Kai Havertz.

Havertz boleh menumpukan posisi sebagai false 9 sepenuhnya selepas ini.

Menurut laporan yang boleh dipercayai di Twitter, Arsenal telah pun menghubungi Liverpool untuk menyatakan minat mereka untuk menandatangani pemain itu pada musim panas depan.

Mikel Arteta benar-benar mahu menandatangani Curtis Jones dan dialah yang mendesak agar perjanjian itu berlaku.

Curtis Jones hanya menjaringkan satu gol dan mencatat satu assist dalam Liga Perdana untuk Liverpool setakat musim ini, namun tidak dinafikan kemampuan pemain itu dalam taktikal pasukan Liverpool.

Jones adalah bakat terbaik dan pada usia hanya 22 tahun dia mempunyai banyak ruang untuk diperbaiki dan Mikel Arteta percaya dia adalah pengurus yang mampu menaikkan lagi permainan Jones ke tahap tertinggi.

Jones juga akan mengisi slot sebagai pemain tempatan / homegrown – bermakna dia tidak akan murah.

Ini juga bermaksud masa depan pemain seperti Emile Smith Rowe dan Reiss Nelson diragui.

Aspek taktikal yang ada pada Jones adalah aset utama yang dimahukan Arteta. Pada usianya baru 22 tahun pemain itu sudah memiliki game reading dan juga kemampuan melaksanakan taktikal high pressing serta counter pressing yang sangat baik.

Seperti yang kita tahu, Arteta adalah pengurus yang menggunakan falsafah ini dalam permainannya.

Curtis Jones  berjaya mempamerkan aksi cemerlang untuk Liverpool ketika menewaskan Newcastle United 4-2 di Anfield.

Pemain tengah itu mendapat pujian daripada bos Liverpool, Jurgen Klopp. Di mana Klopp berkata selepas tamat perlawanan:

“Perlawanan istimewa. Permainan istimewa daripada Curtis, sejujurnya: high pressing dia, dan couter pressing daripadanya…”

“Kita semua tahu betapa bagusnya Curtis Jones sebagai seorang pemain, dia sangat mahir dari segi teknikal. Dan akan mencari lebih dan lebih banyak lagi hala tuju dalam gelecekannya.

“Dia lebih baik dalam mengeluarkan diri daripada beberapa situasi. Dan tekanan [pressing] seta tekanan balas [counter pressing] dia… sebenarnya dia sudah menetapkan satu tahap, bagaimana ianya harus dilakukan.

“Saya sangat gembira dengan perkara itu, dia memastikan semua pemain kekal dalam permainan.”

Namun peminat Arsenal berbelah bagi tentang berita ini. Menurut mereka Arsenal sudah memiliki pemain lebih baik daripada Jones iaitu Emile Smith Rowe.

Tetapi ada juga yang setuju dengan kehadiran Jones yang dianggap boleh menambahkan lagi squad depth Arsenal.

Kemudian yang lain mempersoalkan: “Adakah Liverpool nak jual kepada kita?”