Arteta Percaya Jorginho Boleh Bantu Arsenal Julang EPL Musim Ini Menggunakan Pengalamannya

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, percaya bahawa pengalaman Jorginho boleh membantu The Gunners memenangi Liga Perdana Inggeris untuk musim 2022/2023.

Arsenal berjaya mendapatkan Jorginho dari Chelsea pada hari terakhir jendela perpindahan Januari 2023.

Arsenal membayar sekitar GBP12 juta untuk mendapatkan pemain antarabangsa Itali itu dengan kontrak sehingga 2024.

Mikel Arteta mengalu-alukan kedatangan pemain tengah berusia 31 tahun itu di Emirates. Dan mengakui sudah lama meminati gaya permainan Jorginho.

Dia percaya Jorginho akan memberikan banyak perkara positif di Arsenal. Lebih-lebih lagi, Jorginho penuh dengan pengalaman di dadanya.

Pengalamannya dalam Liga Perdana Inggeris juga sangat luas, bersama dengan Chelsea selama empat setengah tahun.

Jorginho telah muncul dalam 143 perlawanan bersama The Blues dalam Liga Perdana Inggeris.

Selain itu, pencapaian terbaiknya ialah membantu Chelsea memenangi Liga Juara-Juara Eopah pada 2020/2021. Musim di mana dia turut menjadi pencabar trofi Ballon d’Or.

Justeru, Arteta percaya Jorginho akan meningkatkan peluang pasukannya untuk memenangi Liga Perdana musim ini.

Arteta berkata: “Jorginho adalah seorang profesional dengan mentaliti kuat yang membawa kualiti dan pengalaman kepada skuad kami.”

“Dia adalah pemain yang sesuai dengan gaya permainan kami.”

“Dia menyertai kami pada saat yang sangat baik, di mana dia boleh menyumbang dalam kedudukan penting untuk membantu mengekalkan momentum kami.”

“Kami mengalu-alukan Jorginho ke Arsenal,” tegas Mikel Arteta lagi.

Jorginho kemudian menegaskan bahawa Arteta sudah beberapa kali cuba mendapatkannya ke dalam pasukannya. Dia benar benar menghargai pengurus tersebut yang percaya kepada bakatnya.

Jojo mengakui Arteta memaintakn peranan besar dalam menariknya menyertai Arsenal.

“Dia memainkan peranan besar kerana saya tahu dia pernah cuba mendapatkan saya beberapa kali dah. Dan itu gagal direalisasikan bukan atas kehendak saya.”

“Jadi, sudah tentunya, dia memainkan peranan besar.”

Baca yang lain