Arteta Puji Havertz Dan Jelaskan 2 Sebab Arsenal Lebih Kuat Musim Ini

Arsenal meneruskan rentak cemerlang mereka untuk memintas Liverpool di tangga teratas liga. Dengan The Reds wajib menang di Old Trafford untuk memintas kembali Arsenal.

Ianya ternyata bukan tugas mudah untuk Liverpool yang sebelum ini disingkirkan Man United daripada saingan Piala FA di gelanggang keramat tersebut.

Bagi Arsenal mereka sudah melaksanakan tugas mereka sebaik mungkin dengan satu lagi kemenangan dengan cemerlang 0-3 ke atas Brighton.

Gol daripada Bukayo Saka, Kai Havertz dan Trossard membolehkan Arsenal hanya perlu berehat dan menonton aksi Man United dan Liverpool hari ini. Sambil mengharapkan Liverpool keciciran mata di Old Trafford.

Mikel Arteta menerangkan terdapat dua sebab utama mengapa Arsenal lebih baik daripada musim lalu.

The Gunners berada di atas Manchester City hampir pada kempen Liga Perdana 2022/23 tetapi berjaya dipintas oleh pasukan Pep Guardiola pada minggu minggu terakhir persaingan.

Bagaimanapun, pasukan Arteta telah beraksi cemerlang pada 2024 dan kini 10 perlawanan tanpa kalah, kerana mereka menghasilkan satu lagi kemenangan meyakinkan ke atas Brighton pada hari Sabtu.

Menurut Arteta alasan pertama adalah skuad beliau yang lebih tua dan matang. Dan kemudian yang adalah mereka lebih cergas dan serasi selepas musim lalu yang sukar pada penghujungnya.

Arteta berkata: “Kami lebih tua [matang] dan anda boleh beritahu saya kan?”

“Kami melalui banyak detik bersama dan keserasian yang anda bina dalam pasukan. Kami menandatangani beberapa pemain hebat – yang membantu kerana ia adalah mengenai mereka.

“Dan kemudian ia adalah saat yang baik kerana skuad kami lebih sihat. Momentum dan tenaga di sekeliling pasukan adalah bagus. Kami telah pun melaluinya dan itu membantu.”

Sementara itu, Arteta telah memuji Kai Havertz selepas pemain antarabangsa Jerman itu mempamerkan satu lagi aksi cemerlang menentang Brighton.

Havertz menjaringkan gol kesembilan Liga Perdana musim ini pada hari Sabtu, sambil mencipta empat peluang, yang paling banyak daripada mana-mana pemain di atas padang.

Pemain berusia 24 tahun itu telah menambah variasi pada serangan Arsenal bersama Gabriel Jesus dan Bukayo Saka, dengan Arteta mengakui dia boleh bermain di beberapa posisi di bahagian serangan.

Arteta berkata: “Havertz kembali hebat hari ini. Prestasi keseluruhannya adalah hebat dan kini sumbangan golnya lebih tinggi daripada orang lain dalam liga dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

“Kadar kerjanya juga – dia mengejar balik 70 meter sampai ke sini. Hati dan keazaman ini, itulah sebabnya semua orang menyayanginya.

“Saya fikir dia boleh bermain dalam tiga posisi, di bahagian tengah dan sebagai sembilan.

“Jika anda suka berlari maka anda memerlukan seseorang untuk memainkan hantaran itu – hubungan itu kini muncul.”

Baca yang lain