Penyerang sensasi Arsenal, Gabriel Jesus disahkan mengalami kecederaan lutut ketika latihan pra musim.
Pemain antarabangsa Brazil itu meluangkan banyak masa di bilik pemulihan musim lalu, namun Arsenal ketika itu berjaya mengisi kehilangannya dengan sangat baik.
Dia memulakan kariernya di Arsenal dengan sangat cemerlang. Kerana dia memahami kehendak Mikel Arteta dalam taktikal.
Malangnya Arsenal musim lalu terpaksa kehilangan khidmatnya kerana kecederaan.
Gabriel Jesus kembali pada bulan bulan terakhir musim lalu. Dan kembali memberikan impak kepada pasukan The Gunners.
Kali ini Jesus kembali ke bilik rawatan sebelum musim bermula. Perkara tersebut disahkan sendiri oleh pengurus Arsenal, Mikel Arteta.
Ben Jacobs dari CBS mengesahkan bahawa Gabriel Jesus menjalani prosedur pembedahan kecil pada lututnya dan akan berehat untuk beberapa minggu.
Wartawan bertanya, adakah ini akan memberikan peluang kepada Folarin Balogun untuk menjadi penyerang utama?
Arteta menjelaskan bahawa, Arsenal masih kekal dengan pendirian bahawa pemain itu adalah untuk dijual.
“Perancangan untuk Flo tidak berubah sama sekali, namun malangnya dengan Gabby kami tidak akan dapat menggunakan khidmatnya. Kami ada beberapa pilihan lain untuk bermain dengan kualiti berbeza daripada para pemain dan kami akan beradaptasi,” tegas pengurus asal Sepanyol itu.
Folarin Balogun also still remains for sale. "The plans with Flo don't change at all but unfortunately with Gabby we're not going to have him. We have other options to play with different qualities of players and we will adapt."
— Ben Jacobs (@JacobsBen) August 2, 2023